Episode 50

64 9 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Oh, baby, take a look around
I'm the only one that hasn't walked out
I'm right here, here"


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 50: "𝐈 𝐜𝐚𝐧 𝐝𝐨 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐝𝐚𝐲."


"LEPASKAN akulah, tak guna!" Nafiz meraung sepenuh hati. Wajahnya merah padam tatkala lehernya dicekik kuat oleh sepasang tangan Raykal. 

Dia meronta-ronta. Tangannya mencengkam kuat pergelangan lelaki itu, cuba sedaya upaya untuk meleraikannya. Namun usahanya sedikit pun tak berhasil kerana kekuatan Raykal yang lebih mendominasi.

Raykal mengetap rahangnya kuat. Nafasnya pantas berombak naik. Tak mempedulikan raungan Nafiz itu, lantas dia menolak kuat tubuh si mangsa sehingga belakangnya berlaga kuat dengan dinding.

Thump!

Nafiz menjerit kesakitan. Dia terbatuk-batuk beberapa kali. Sungguh, cengkaman yang membelenggu lehernya membuatkan dia rasa lemas. Saluran pernafasannya seakan tersekat. Oksigen semakin berkurangan dalam tumbuh. 

Pegannnya terhadap pergelangan Raykal perlahan-lahan melonggar.

"Kau yang report Cikgu Shah pasal aku kan!?" tuduh Raykal seraya menggoncang tubuh Nafiz, memaksanya untuk memberi jawapan dengan segera.

"Tak... bukan... aku..." jawab Nafiz tersekat-sekat. Wajahnya pucat membiru. Bila-bila masa sahaja dia boleh mati akibat sesak nafas.

"Kau jangan nak tipu akulah, sial! Dah tu kalau bukan kau, siapa lagi!? Kau yang tak puas hati dengan aku selama ni kan!!"

Raykal melepaskan segala rasa yang terbeban di dalam hatinya. Ya, dia berang! Berang kerana seseorang telah melaporkan salah lakunya kepada guru disiplin. Disebabkan itu, dia dirotan sebanyak tiga kali dan mendapat surat amaran daripada pihak sekolah.

Buk! 

Satu tumbukan padu dilayangkan ke pipi kanan Nafiz. Semerta, jejaka itu rebah ke atas lantai simen lorong terpencil tersebut. Dia terbatuk keras, mulutnya merembeskan darah. 

Sempat untuk dia menarik nafas buat beberapa saat sebelum Raykal pantas mencekak kolarnya. Tubuhnya yang sudah lemah itu dipaksa tarik untuk berdiri.

"Kau nak... apa lagi... Ray... kal?"

"Aku nak dengar kau mengaku sendiri dari mulut kau! Selagi kau tak mengaku, selagi tu aku takkan berhenti!" ugut Raykal lantas menujahkan tendangan kuat ke perut Nafiz pula.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now