Episode 10

168 27 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ep 10: 𝐅𝐚𝐫𝐞𝐰𝐞𝐥𝐥


TEPAT pukul lapan pagi pada keesokan harinya, Alfi disahkan mati. Kematian tersebut dipercayai berpunca daripada tikaman ke perut sehingga mengakibatkan pendarahan yang sangat banyak. Diklasifikasikan sebagai pembunuhan.

Pihak hospital sudah berusaha seboleh mungkin untuk menyelamatkan nyawa Alfi, namun pembedahan tersebut gagal jua.

Perkara itu berlaku kerana Alfi telah kehilangan banyak darah. Dan mungkin dia akan selamat jika pihak bantuan tiba lebih awal. Namun, semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa yang boleh diubah lagi dan semua itu merupakan takdirNya.

Figura Yuna tegak berdiri di hadapan sebuah katil. Hatinya serasa bagai dihirs-hiris apabila teringat kembali akan kejadian semalam.

Alfi mati di atas tangannya.

Semumur hidupnya, Yuna tak pernah menyangka bahawa Alfi akan pergi dulu. Sekurang-kurangnya bukan dengan cara itu jika Alfi mahu pergi sekalipun.

Yuna mara ke hadapan. Selimut yang menutupi wajah Alfi itu diselak ke bawah. Kelihatan wajah lelaki itu pucat lesu. Matanya terpejam rapat. Seolah-olah sedang berehat di alam sama.

Selepas ini, tiada lagi gelak tawa Alfi yang akan menghiasi pendengarannya. Tiada lagi momen bahagia mereka berdua. Tiada lagi gurau senda mahupun adegan kejar mengejar. Pasti Yuna akan merindui semua itu.

Dia memejamkan mata lalu mengucup dahi abangnya buat kali terakhir. Waktu bagai terhenti buat seketika. Kucupan itu lama, namun terasa seketika cuma.

Tubir mata Yuna mula bertakung dengan cairan, tetapi ditahannya daripada jatuh. Akhirnya dia melepaskan juga bibirnya. Wajah Alfi ditatap untuk kali yang terakhir.

"Rehatlah, Alfi. Aku sayang kau sangat-sangat," ucapnya tulus. Kain selimut ditarik semula untuk menutup wajah Alfi.


❦︎❦︎❦︎❦︎❦︎


SETIAP inci dan sudut rumah teres dua tingkat itu telah diselongkar habis, tiada satu kawasan pun yang pihak polis terlepas daripada memeriksanya.

Yuna memandang kosong segala buku-buku yang bertaburan di atas tanah. Perabot rumah juga ada yang sudah senget ke sebelah, malahan televisyen juga ditelangkupkan ke bawah.

Dengan penuh berhati-hati, Yuna mendaki satu persatu anak tangga rumahnya agar dia tidak terpijak sebarang benda.

Kini, rumahnya sendiri asing untuknya.

Pita-pita kuning ditampal di hadapan pintu bilik Alfi, menghalangnya dari masuk bagi membantu kes penyiasatan.

Yuna menyelak pita kuning itu. Kisah apa dia dengan peraturan? Itu rumah dia, hak dia untuk pergi ke mana-mana yang dia mahu.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now