𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 17: 𝐓𝐡𝐞 𝐭𝐫𝐮𝐭𝐡
"KITA pernah kenal ke sebelum ni?" Yuna menyoal sambil merenung dalam anak mata Nafiz. Dahi Nafiz dilapisi kerutan. Benak fikirannya ligat berputar sebelum menjawab soalan itu.
"Aku nampak macam kenal kau ke?" soal Nafiz semula. Sarkastik.
Yuna menghela nafas kasar seraya mengetap gigi. Makin marak api yang membakar dinding hatinya apabila Nafiz membalas sedemikian.
"Kau sebut nama aku waktu kau selamatkan aku semalam! Sekarang kau boleh pura-pura tak kenal aku pula?" soal Yuna lancang. Sirna sudah segala kesabarannya.
Yuna mendekat. Nafiz lantas mengundur sehingga belakang tubuhnya menyentuh sisi meja. Kini, tiada lagi ruang untuknya melepaskan diri. Melainkan kalau hatinya keras untuk menolak Yuna.
"Tell me. Who are you, Putera Nafiz?" Yuna menekan satu persatu perkataan yang dituturnya. Penuh ketegasan di dalam nadanya itu.
Halkum Nafiz bergerak sedang dia menelan liur. Ada pandangan yang terbias di sebalik anak matanya.
Sebuah pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
"Aku terdengar ada lelaki panggil nama kau waktu kat shopping mall hari tu," jelas Nafiz setelah lama berdiam diri.
Yuna melirik senyuman sinis lalu mengalihkan wajahnya seketika. Kemudian pandangannya dipusatkan semula ke wajah Nafiz.
"'Lelaki' yang panggil nama aku tu, abang aku. Dia dah tak ada," ujar Yuna.
Nafiz tergamam. Nampak riaknya sangat terkejut. Tak sangka dengan berita yang disampaikan Yuna. Manakan tidak, dia baru sahaja bertembung dengan lelaki itu tempoh hari.
Dan sekarang lelaki itu sudah tiada.
"He said your name before his death. He was killed! He said your name, Putera Nafiz. Why? Do you know him? Apa hubungan kau dengan Alfi? Siapa kau, sebenarnya?" soal Yuna bertalu-talu.
"I... don't know him," balas Nafiz. Lemah.
Dahi Yuna turut berkerut sama seperti Nafiz. Tubir matanya mula berair.
"Do you know me?" Yuna menanya lagi.
Nafiz menggeleng. "I don't know you." Perlahan sahaja suaranya.
Nampak seperti mulutnya berat untuk menjawab soalan Yuna itu. Nampak seperti dia sedang menipu.
"Don't lie to me, please!" rayu Yuna dengan suara menahan tangis. Setitis mutiara jernih mula jatuh mencium pipi mulusnya.
"Don't cry, princess," tegah Nafiz.
Dia mahu bercakap lebih lagi, namun memujuk Yuna lebih penting buatnya. Dia benci melihat gadis itu menangis. Lebih-lebih lagi apabila dia adalah puncanya.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...