Episode 13

118 18 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 13: 𝐈𝐜𝐞 𝐜𝐫𝐞𝐚𝐦


"There's things I wanna say to you
But I'll just let you live
Like if you hold me without hurting me
You'll be the first who ever did"


SUASANA di taman itu riuh-rendah dengan gelak tawa beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejaran. Beberapa gerai makanan memeriahi kawasan taman itu. Ada juga pasangan yang sedang leka berjanji temu, berkelah beralaskan karpet di atas rumput hijau.

"Aiskrim vanila satu," pesan Zafrel kepada seorang peniaga lelaki.

Hari semakin menginjak ke pertengahan. Cahaya matahari semakin menaik dari ufuk tengah.

Seketika, pandangan Zafrel mula beralih ke arah sepasang mata yang sedang tajam merenungnya. Bibirnya melirik sengihan. Mengerti ada segenap ketakpuasan hati di sebalik pandangan gadis itu.

"Kau paksa aku ikut kau pergi sini semata-mata nak beli aiskrim?" soal Yuna, separa menengking.

Zafrel menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Berpura-pura tidak bersalah. "Cakap jelah, Yuna. Kau nak aiskrim apa?" dalihnya.

Yuna mengherot bibir. Dia memeluk tubuh lalu berpaling ke arah lain.

"Oreo chocolate chip kalau ada," pintanya acuh tak acuh. Kebetulan, tekaknya sudah dahaga meminta sesuatu untuk dibasahkan.

"Oreo chocolate chip satu bang kalau ada." Semerta, Zafrel berkalih ke hadapan semula dan memesan pesanan Yuna itu.

"Siap!" balas pekerja lelaki itu. Sebentar sahaja dia sudah menyiapkan dua bekas kecil aiskrim bersama hiasan butiran kacang di atasnya.

Zafrel mengambil aiskrim berperisa vanila sebelum menghulurkan aisrkim berperisa coklat oreo ke arah Yuna. Yuna menyambut huluran itu dengan penuh berhati-hati agar tidak tersentuh tangan Zafrel.

Mereka mula sambung berjalan di persekitaran taman hijau itu. Zafrel yang tidak menyabar sudahpun menyuapkan beberapa suapan ke dalam mulut.

"Kau nak apa sebenarnya, Zafrel?" soal Yuna buat kesekian kali. Seketika kemudian, dia mengeluh sendiri. Penat menanti jawapan daripada lelaki itu.

Suapan Zafrel terhenti seketika. Dia menghabiskan kunyahannya yang terakhir. Tak semena, roman wajahnya bertukar serius. Matanya memandang Yuna dengan pandangan bermaksud.

"Tentang Alfi."

Tubuh Yuna terus mengeras tatkala mendengar sepotong nama itu. Pergerakannya terbejat serta-merta. Zafrel turut sama terhenti melangkah.

"Aku... minta maaf atas apa yang berlaku... terhadap Alfi... dan terhadap kau. Aku tahu semua ni tak mudah untuk kau, Yuna," ucap Zafrel penuh tulus. Bicaranya kedengaran penuh ikhlas. Sepertinya benar-benar hadir dari lubuk hatinya yang paling dalam.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now