𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 28: 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧𝐞𝐝...
HARI ketujuh. Hari ini merupakan hari terakhir Yuna untuk ke Royal's Cafe. Hari di mana Nafiz akan memberitahu segala-galanya.
Pintu dikuak lalu menghasilkan bunyi dentingan. Langkah diatur ke dalam. Angin pendingin hawa menyapa muka dan tubuhnya. Sejuk.
"Mrs. Yuna!" tegur seorang lelaki yang sedang mara ke arahnya. Ceria benar lagaknya.
"Harraz." Nama lelaki itu digumam Yuna perlahan.
Sudah dua hari lamanya mereka tak berjumpa. Hari ini, Harraz nampak berbeza sekali. Dia tampil segak dengan tuksedo yang tersarung kemas di tubuhnya.
Sesuai sangat pakaian formal itu dengan Harraz.
"How are you doing today?" Harraz menyoal. Bibir tersenyum mesra.
"Fine. Really, really fine." Yuna membalas sedemikian sembari meneliti penampilan Harraz atas bawah.
"Good. Baguslah kalau tak ada bahaya menimpa kau sepanjang dua hari ni. As I said before, I'm obligated to protect you." Harraz ulang semula frasa lamanya.
Yuna menjulingkan mata ke atas. Menyampah dengar ayat itu berkali-kali. Harraz tertawa kecil.
Sesaat kemudian, kepala Harraz mula terangkat. Matanya tertumpu ke arah sesuatu.
"Oh, itu pun dia!"
Spontan, Yuna tertoleh ke arah yang dipandang Harraz.
Nafiz datang melepasi pintu kafe. Baju turtle neck hitam tersarung di tubuhnya manakala kot hitam tersarung di luar. Langkahnya deras dipacu menuju ke arah mereka berdua.
Bukan main pakaian Nafiz hari ini! Lebih bergaya daripada Harraz. Sememangnya kenapa mereka berdua sampai berpakaian begini? Seakan ada majlis rasmi saja.
"Ewah, seronok ke tu tengok bakal suami datang?" usik Harraz.
Yuna berikan satu jelingan. Harraz tersengih. Rasa seram sejuk pula apabila Yuna memandangnya begitu. Nasib baik mereka berdua kawan. Kalau tak, pasti Harraz ingat Yuna ingin membunuhnya.
"Yuna," tegur Nafiz.
Serta-merta, tumpuan Yuna beralih pada Nafiz semula. Nampak pipi Nafiz memerah sedikit. Tangannya naik menggosok lembut tengkuknya.
"I'm not coming alone today," jelas Nafiz berbasa-basi.
"Of course you don't come here alone. You're with Harraz everytime," balas Yuna.
"Not Harraz. I mean..."
Tepat pada masanya, dua figura lain melolosi pintu kaca kedai. Kelihatan pasangan suami isteri yang sudah dimamah usia itu tersenyum manis ke arah mereka bertiga.
YOU ARE READING
Anti-Romantic [Hiatus]
Mystery / ThrillerStart: 9th September 2022 End: - Genre: Light Romance/Comedy/Thriller ❦︎ Sᴇᴄᴏɴᴅ ʙᴏᴏᴋ ᴏғ sᴜᴘᴇʀʜᴜᴍᴀɴ sᴇʀɪᴇs | Yᴜɴᴀ's sᴛᴏʀʏ ❦︎ Amnesia. Kehilangan memori. Tak banyak yang berubah dalam hidup Yuna Farhana selepas itu, kehidupannya diteruskan seperti...