Episode 25

85 13 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 25: 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐩𝐬𝐢𝐤𝐢𝐚𝐭𝐫𝐢


HARI keempat. Pintu kaca dikuak lalu menghasilkan bunyi dentingan. Langkah diatur masuk ke dalamnya seperti sedia kala.

Saat dia tiba di hadapan sebuah piano, langkahnya terbejat. Bunyi desas-desus orang berbual dan tapak kaki berjalan melatari halwa telinga. Tiada lagi Nafiz yang duduk di atas bangku itu seperti biasa.

Kemudian, dia pandang pula kaca tingkap besar lut sinar di hujung kafe. Juga tiada Nafiz. Pandangan dilingas ke sekliling, mencarinya di sekitar kawasan meja makan. Tetap tiada.

Yuna terpempan. Ke mana jejaka itu pergi?

"Mrs. Yuna," panggil seseorang dari arah belakangnya.

Yuna kenal akan suara itu. Serta-merta, dia berpusing ke belakang. Menghadap si pemilik suara. Kelihatan wajah Harraz nampak sayu sahaja. Tak seperti kebiasaannya. Matanya redup memandang lantai.

"Mana Nafiz?" soal Yuna tanpa sebarang pembuka bicara. Pelik kenapa Nafiz tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.

Mendengarkan soalan itu, kepala Harraz semakin menekur.

"Mr. Nafiz dia..." Suaranya menjeda seketika. Hatinya berat untuk menyatakan aksara itu.

"Dia masuk hospital."

Air muka terus Yuna berubah terkejut. Jantungnya bagai berhenti beritma sebentar.

"Kenapa? Apa yang jadi dengan dia?" soal Yuna tanpa berlengah lagi. Sungguh, dia perlukan jawapan sekarang. Dia ingin tahu apa yang jadi terhadap Nafiz.

Sakitkah? Cederakah? Kalau sakit, kenapa Nafiz perlu rahsiakan kesakitannya daripadanya? Kenapa dia tak berterus terang sahaja dari awal?

Harraz mengangkat wajah. Keluhan berat dilepaskan. Tak pasti sama ada dia mahu beritahu Yuna atau tidak. Dia merasa bersalah.

"Nafiz cederakan diri sendiri."

Sekali lagi, Yuna tersentak. Tergamam dengan jawapan itu. Liur yang ditelan dirasakan kelat. Tak semena-mena, kepalanya tertunduk juga.

"Aku nak jumpa dia," tekad Yuna. Suaranya penuh autoriti.

Harraz mengangkat kening. Perlahan-lahan, bibirnya melirik senyuman. Nakal.

"Kenapa kau nak jumpa dia?"

"Aku..."

"Sebab kau suka dia eh?" usik Harraz. Hilang sudah kesedihan yang terbias di wajahnya tadi.

"Hah?" Yuna kabur. Saat itu, dia mula merasakan dirinya sudah dipermainkan. Tak guna, Harraz sengaja menipunya agar dia nampak prihatin akan Nafiz!

"Kau tipu aku!?" tempelak Yuna. Nafas mendesah turun naik akibat menahan geram.

Anti-Romantic [Hiatus]Where stories live. Discover now