Episode 13 : Kedatangan Mengejut

1.3K 133 8
                                    

Flop!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flop!

Sepasang korset hitam jatuh ke atas lantai selepas yang memakainya tanggalkan ia begitu saja. Diikuti menendang tanggal kasut dengan malas ke lantai. Membiarkan kaki beralas stoking saja memijak lantai marmar di bawah.

Darra melepaskan nafas lega yang panjang sebelum mengusap sekitar tulang rusuk dan dada untuk hilangkan rasa sakit selepas seharian dalam corset.

Tahu perasaan dimana berasa lega bila rasa panas berpeluh bertemu dengan deru angin yang sejuk? Itulah yang Darra rasakan. Mata dia terpejam sambil berkerut kening dek kelegaan kerana akhirnya dapat juga dia berhenti dari terus mengenakan pakaian ketat di dadanya. Bukan aje setakat ketat dan tidak selesa malah panas dan melecet kerana bahagian keras corset itu bergesel dengan kulitnya. Buatkan kulitnya sering terluka.

          "Aku kena hantar surat pada Nanny Clara supaya jahitkan corset baru yang tak sakitkan tulang rusuk nanti.."bebel Darra sendirian sambil membuka butang kemeja tiga dari atas sebelum gerak ke jendela. Berdiri saja dia depan jendela itu, daun pintu jendela di tolak keluar. membenarkan angin untuk masuk ke dalam bilik tidurnya.

Swoosh~~

Angin terus bertiup menyapa Darra. Gadis itu diam menikmati momen tersebut.

Satu hari ini jadualnya sangat padat. Mujurlah semua matapelajaran yang dipelajari pada hari ini telah pun dia kuasai awal semasa belajar di rumah bersama dengan Master Freddie. Jadi tak adalah susah mana untuk kejar silibus mereka.

Apa yang jadi masalahnya sekarang adalah, semua orang kalau boleh nak lihat dirinya gagal dan menjadi pelajar paling tercorot di sini. Bukan setakat Bian dan Putera Eilian yang sengaja hendak susahkan Darra, malah master yang mengajar di sini.

Hal ini membuatkan Darra berasa terima kasih pada ayahnya kerana lelaki itu buatkan dia belajar di rumah dan tidak bergaul dengan mana-mana anak lelaki dari keluarga berada di luar sana!

Tiba-tiba pula dia homesick!

      "Ugh...."Darra tunduk memicit dahi saat memejamkan kepala. Kalau tiga tahun dia kena hadap semua ni, mahunya botak kepala dibuatnya. Pearl lagi menambah tekanannya sekarang ini!

        "Wow!Bilik persendirian.!"

Bagai hendak luruh jantung dari tangkainya, kepala Darra tersentak memandang ke depan sebelum dia berpusing ke belakang kerana suara itu.

Dari mana-?

         "Dekan Lorenzo betul-betul tunjuk kesetiaan dia pada ayah kau sampaikan dia beri bilik khas untuk kau ya Darrius..." Alfareeze gerak menutup pintu bilik dan mula berjalan ke dalam dengan bersahaja.

Secara refleks Darra tunduk memandang ke lantai. Melihat korset yang terbiar serta pakaian dia yang sedikit terdedah. Terlalu bingung dan kejung dia langsung tidak bergerak dari depan jendela itu dan hanya berdiri di situ bersama riak poker face. Kalau menggelabah makin jelas la keadaannya.

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now