Sekelip mata, musim luruh berganti kepada musim sejuk.
Sekelip mata itu juga semuanya berlaku.
Seluruh kawasan penempatan sehingga ke hutan belukar di selimuti dengan hamparan salji putih. Sungai dan air terjun menjadi beku. Tumbuh-tumbuhan juga beku ditutupi dengan ais.
Sama seperti angin lalu, begitu jugalah dua bulan berlalu.
Disaat semua orang membuat persiapan untuk peperiksaan masing-masing. Pelajar tahun satu hingga tahun ketiga sibuk dengan jadual padat mereka. Lagi-lagi pelajar-pelajar yang bakal menerima pelantikan untuk menjadi pegawai diraja. Mereka semua sibuk mengulang kaji bagi peperiksaan yang bakal berlangsung.
Begitu juga dengan Darra Emerson. Walaupun dia bukan pelajar lelaki di akademi tersebut, dia ikut sama belajar dengan yang lain bagi mengikuti peperiksaan. Selama itu Darra fokus kepada pembelajaran dan kelasnya kerana tiada isu yang timbul memandangkan semua masalah telah diselesaikan awal sebelum minggu peperiksaan tiba.
Tapi sejak dua bulan itu juga Darra tidak lagi bercakap dengan Alfareeze.
Mulanya Darra fikir semuanya akan baik-baik saja dan dia tidak akan terjejas kerananya. Sayang sekali, sangkaan Darra meleset sama sekali. Ianya bukan setakat menjejaskan dirinya saja malah menghantui siang dan malam harinya.
Mungkin Alfareeze benar-benar mahu melupakannya, lelaki itu telah membuat surat pertukaran kelas untuk Darra. Maka sejak dua bulan yang lalu Darra tidak lagi belajar di dalam kelas memanah yang diajar oleh Alfareeze tetapi sekelas dengan Marvin dan William. Bayang dan kelibat lelaki itu langsung tidak dilihat dalam akademi tidak lama kemudian.
Mulanya Darra terkejut, tetapi menyedari semua itu kerana pilihan dia, Darra terima. Tetapi tidak sampai tiga hari, Darra mula teringatkan Alfareeze. Fikirannya hanya pada Alfareeze. Betapa sakitnya dia merindui kehadiran Alfareeze dalam kehidupan hariannya. Malah setiap malam Darra melihat ke pintu bilik dengan harapan lelaki itu akan datang menemuinya seperti biasa. Tetapi harapannya itu musnah selepas tiga hari perbualan mereka itu, Alfareeze dikhabarkan telah dijodohkan dengan Puteri Eiliana.
Pertunangan mereka akan diadakan pada musim bunga akan datang nanti.
Demam dua hari Darra kerana terkejut dibuat berita tersebut. Tidak lalu hendak makan apatah lagi nak dapat tidur yang lena.
Namun perlahan-lahan bila masa berlalu, Darra sudah terbiasa. Cuma janggal kerana tiada lagi manusia menyakitkan hati yang akan menjengkelkan hari-harinya.
Rindu?Jangan ditanya...setiap saat Darra sentiasa terfikir akan Alfareeze. Namun dia buat-buat seakan semua itu tidak mempengaruhinya. Sama seperti dua tahun lalu sewaktu Alfareeze keluar ke medan peperangan, begitu la Darra menjalani harinya.
Disaat semuanya berjalan dengan lancar, Darra semakin pendiam walaupun Putera Eilian, Marvin dan Ricardo kini duduk semeja bersamanya setiap kali makan di dewan. Mereka berempat mula menjadi sahabat baik. Kalau bukan Putera Eilian yang bertekak dengan Marvin, Ricardo yang akan bertekak dengan Marvin. Mereka bertiga sama-sama menjaga Darra walaupun sibuk dengan kelas masing-masing.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...