"Kalau ya pun...cakap baik-baik tak boleh ke Alex?"tegur satu suara dari kiri.Pengawas lelaki tadi pun memalingkan kepalanya. Dia dengan renungan tidak berminat. "Kenapa Marvin?Kau marah ke aku bentak budak ni?"
Riak wajah Marvin begitu serius di balik muka baru bangun tidurnya.
"Memangnya apa hubungan kau orang berdua?Aku dengar anak dekan kita yang seorang ni sangat rapat pada budak pendek ni. Bukan setakat berkepit malah layan dengan baik. Kau orang berdua ni kekasih ya?"ujar Alex lagi.
Darra terus memalingkan kepala. Keningnya berkerut tidak puas hati.
"Pegang dia...dan raba badan budak ni!Dia mesti sembunyikan sesuatu di sebalik jaketnya.."arah Alex tanpa mengalihkan Renungannya dari Marvin. Cuba mencabar lelaki itu untuk menentang kuasa pengawas.
Dua orang pengawas tadi terus menurut. Mereka mendapatkan Darra. Seorang pegang kedua lengan Darra dari belakang, seorang lagi berdiri dihadapan hendak membuka butang jaket.
Hampir diserang panik dan hiperventilasi, Darra pandang penuh terror tangan yang sedang membuka butang jaketnya. Dia mahu menjerit, tetapi rasa takut membuatkan Darra bungkam tidak dapat bersuara.
Marvin apalagi, dia maju ke hadapan. Enggan membuang masa lagi. "Kau dah hilang akal ke!Lepaskan dia sekarang!"marahnya mahu menghalang.
Namun pengawas lain pula datang menghadang depan Marvin.
"Anak dekan ke anak Menteri ke...dalam akademi semuanya sama. Tiada beza. Peraturan tetap peraturan!"tegas Alex saat Marvin sedang bergelut di balik hadangan mereka.
Muka Darra sudah kemerahan. Dia hampir hendak menangis apabila bahagian depan jaket mula terbuka dan mendedahkan dadanya.
"Jangan Alex!"tempik Marvin masih cuba menolak mereka yang mengekangnya dari mendekat.
TAK!TAK MUNGKIN!Tolong la sesiapa!Darra pandang penuh terror ke pengawas lelaki yang berdiri di hadapannya. Ikutkan hati dia mahu menghantuk kepala mereka!
Mata Marvin telah terbutang luas kerana takut Darra disentuh oleh mereka. Sekiranya mereka sentuh Darra-
"Apa yang kecoh-kecoh ni?"suara lain pula yang menyampuk. "Kau orang memang dah tak ada waktu lain ke nak buat kerja?"
Disebabkan semua orang tahu suara itu, mereka semua pun memalingkan kepala ke kanan koridor. Lantas melihat lelaki berpijama satin putih dan jubah emas berjalan bersama lelaki bertopeng mulut di belakangnya.
Putera Eilian dan Ricardo.
Alex dan pengawas lain terus kaku tidak bergerak sebaik bertentang mata dengan wajah tidak puas hati Putera Eilian.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasía*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...