Hari seterusnya kembali seperti sedia kala.Walaupun cuaca masih bersalji dan sejuk, langit biru cerah dan berawan pada hari itu.
Malam majlis ulang tahun kelahiran Ricardo berlangsung dengan lancar. Ramai tetamu mengucap taniah dan menemui Ricardo tanpa henti sepanjang malam tersebut kerana pertama kali mereka melihat wajahnya secara umum memandangkan Ricardo sebelum ini mengenakan topeng mulut.
Selesai dengan majlis itu, Darra pun kembali ke asramanya semula memandangkan esoknya hari kuliah. Menjalani harinya seperti biasa, iaitu hadiri kelas, mendapat keputusan peperiksaan tempoh hari yang mana tidak la seteruk yang disangka gara-gara kes Bian tempoh hari. Sibuk menghadap Marvin dan rakan kelas lelaki itu yang sudah terbiasa menemui Darra ke mana saja Darra ada dengan magik. Seakan mereka semua boleh mengagak Darra akan berada di mana. Setelah itu Ricardo berkelakuan lebih ceria dari biasa kerana dikhabarkan keputusan peperiksaan Ricardo tempoh hari memberitahu Ricardo di tempat pertama kerana lulus untuk semua subjek.
Sementara Alfareeze tiada di akademi kerana ada urusan rasmi diraja yang perlu diuruskan. Jadi Darra tidak sempat hendak menemui Alfareeze atau memujuk lelaki itu. Darra memang berniat hendak temui Alfareeze tapi niatnya itu terbatal sebaik mendengar hal tersebut.
Jadi selepas habis kelas kelima untuk hari itu, Darra ambil keputusan untuk duduk di laman riadah di antara tiga bangunan dimana kebanyakan pelajar selalu duduk melepak untuk mengambil angin ataupun merokok.
Tidak jauh dari sebuah kolam air pancur, beberapa meter menghadapnya sebuah bangku terletak. Dan di situ kelihatan seseorang sedang duduk sendirian.
Sambil menyelak helaian jurnal lama milik ayahnya yang dia curi ambil dari simpanan, Darra cuba meneliti semua butiran catatan ayahnya. Dia ingin cuba mula mencari maklumat mengenai ibu kandungnya. Kalau boleh dia mahu cari tahu sebelum berpindah keluar dari sini.. Yalah..mana tahu selepas ini mereka tidak kembali lagi, jadi sebelum hal itu terjadi Darra ingin memastikan sama ada ibu kandungnya masih hidup ataupun tidak. Tetapi tiada satupun butiran yang menceritakan identiti ibunya di dalam jurnal tersebut.
Sedang Darra tunduk menyembunyikan wajah di balik mafela dan membaca tulisan di jurnal atas ribanya, waktu itulah bayang-bayang hitam menyelubunginya dari atas.
Untuk seketika Darra diam, apabila matanya naik ke kaki yang sedang berdiri dihadapannya. Siapa pulak ni?Fikir Darra seketika sebelum dongak memandang ke atasnya.
Ingatkan Alfareeze, rupa-rupanya Putera Eilian. Dan wajah lelaki itu begitu muram sekali. Seakan Putera Eilian versi lama kembali semula.
Kenapa?
Sesuatu berlaku ke?
"Huh?Saya ingatkan tuanku tidak hadir ke akademi hari ini??"tegur Darra kehairanan. Tadi di dalam kelas Putera EIlian langsung tidak kelihatan. Jadi dia anggap yang Putera EIlian tidak hadir terus. "Bagaimana tuanku boleh menemui saya di sini?"soalnya semasa menutup jurnal tadi.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...