Episode 118 : Lamaran Putera Ellian

1.2K 98 5
                                    

         "Boleh saya menari?"tegur suara di sebelah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Boleh saya menari?"tegur suara di sebelah mereka.

Darra dan Duke Elijah tersentak dari tarian mereka. Dengan bingung Darra pandang akan lelaki lampai yang sedang berdiri memandangnya di sebelah kanan.

Putera Ellian segak dalam uniform putera mahkota itu senyum kepada Duke Elijah dan Darra sebaik bertentang mata dengan anak beranak tersebut.

"Apa khabar?"senyumnya dengan berasa serba salah.

Kening Darra terangkat tinggi.

Duke Elijah terus tersenyum lebar. "Khabar baik. Tuanku...bila sampai?Maaf saya baru perasan."

Putera Ellian menarik senyuman nipis.

Memang la tak perasan. Sebab dia sendiri sengaja berlengah untuk bertemu dengan Duke Elijah dan Darra. Masakan tidak, tetamu Alfareeze dan Darra terlalu ramai hendak mencelah segan la pula rasanya. Mereka yang hendak bertegur sapa pun tidak kebagian kerananya. Jadi terpaksa di Tangguh sehingga la ke malam. Baru lah sempat.

"Dah lama...cuma tak sempat nak tegur tadi. Ayahanda ada di meja sebelah kanan dewan, baginda ingin bertemu dengan tuan."tunjuk Putera Ellian waktu itu kepada Duke Elijah.

Darra pandang tidak berkedip akan lelaki lampai di depannya. Macam tak percaya aje dia akan menemui Putera Ellian sekali di sini. Berasa kagum sendiri yang Putera Ellian nampak matang walaupun baru tiga tahun berlalu.

"Oh iya?Kalau begitu-"baru Duke Elijah hendak palingkan kepala, tidak semena tubuhnya diterpa. Putera Ellian memeluk tubuh tuanya dengan erat. Membuatkan Duke Elijah terdiam di situ.

"Maafkan saya...maafkan keluarga saya. Saya minta maaf untuk semuanya."ucap Putera Ellian waktu itu. Dia tunduk ke bahu Duke Elijah berasa sebak dan serba salah.

Kening Darra berkerut saat dia tersenyum senang. Ini pasti kerja Alfareeze juga. Entah apa aje lagi yang dirancangan oleh suaminya itu?Memangnya satu Cameron ke yang dibawa ke Coravia?

Sementara Duke Elijah sekadar tersenyum. Dia tepuk belakang badan Putera Ellian dengan perlahan."Tidak mengapa tuanku. Semuanya dah berlalu. Saya pun telah lupakan semua hal tu. Jangan rasa serba salah lagi..."dia tolak Putera Ellian lepas dari pelukan tu.

Dan Putera Ellian pandang Duke Elijah. "Saya malu sebenarnya nak bersemuka dengan Duke Elijah lepas apa yang ayahanda lakukan pada tuan. Sebab tu saya berlengah..."

"Hahaha...sudah. Jangan bersusah hati lagi. Hari ni hari gembira. Jadi semua orang kena gembira. Termasuklah tuanku sekeluarga. Apa yang dah berlalu biarkan saja berlalu. Saya ni bukan muda lagi. Berdendam lama-lama takkan bawa apa-apa. Apakata tuanku menari dulu dengan Darra. Saya akan temui Raja Salas."

Putera Ellian terpandang Darra di situ sebelum Darra hulur tangan kepadanya.

Duke Elijah capai tangan Putera Ellian lantas meletakkan tangan Darra ke tangannya itu. "Berbual la bersama Darra kalau begitu. Dan saya senang dapat bertemu dengan tuanku semula."senyumnya.

Hal itu buatkan Putera Ellian benar-benar mahu menangis kerana dia berasa tidak layak mendapat layanan sebaik ini. Kenangan dia bersama Duke Elijah sebagai gurunya benar-benar mengundang rasa terkilan.

"Kenapa menangis ni?"Darra berdiri di depan Putera Ellian. Menyeka air mata dengan hujung lengan wedding dressnya.

"Lega. Sebab kalian berdua dalam keadaan sihat dan selamat."beritahu Putera Ellian dengan air mata mengalir ke pipi kanan.

Darra tersenyum lagi. "Alfareeze ke yang beritahu?"

Putera Ellian mengangguk. "Awalnya saya fikirkan Alfareeze seorang yang jahat dan tiada perasaan. Tapi tak lama lepas tu saya faham kenapa dia buat macam ni. Sekarang Cameron kembali menjadi negeri yang bebas dari jajahan Coravia. Semuanya atas kebaikan Alfareeze sendiri. Yang bantu saya temui awak."

Darra mula menari dengan Putera Ellian. "Pasti tuanku alami waktu yang sukar kan?Pearl pasti marahkan tuanku?"

Wajah sedih Putera Ellian terus menjadi ceria. "Sudah tentu. Pearl begitu membencikan saya sampaikan saya berdiri semalaman di depan kediaman Duke Wendell, Pearl tidak juga mahu menemui saya.."dia pegang pinggang dan tangan Darra dengan perlahan saat berhayun kanan dan kiri dengan perlahan.

"Sekarang bagaimana?"

"Sekarang?Cuba la awak teka?"

"Adakah Pearl membencikan tuanku dan enggan bersama dengan tuanku lagi?"

Terus Putera Ellian tersenyum saat menggeleng kepala. "Beberapa bulan jugalah saya bergelut untuk pujuk Pearl. Akhirnya dia maafkan saya...dan tak lama lepas tu Pearl jadi kekasih saya."

Hah! Terangkat tinggi kening Darra.

"Serius?Tuanku serius?Tak bergurau kan?"Darra hampir melompat dekat situ lepas dengar. "Pearl tak beritahu saya pun.."

"Hahaha...dan saya juga telah melamar Pearl.."

"Hah!?Apa??"berhenti terus mereka berdua dari menari. Mata Darra terbutang luas. Semakin menjadi-jadi terkejut dia.

Putera Ellian ketawa kerana melihat reaksi Darra."Jangan teruja dulu. Pearl masih pertimbangkan lamaran saya ni."

"Lah...kenapa pulak?"

Putera Ellian menjungkit bahu. "Saya tak pasti."

Baru Darra hendak bercakap ada suara lain menyapa dari tepi mereka berdua.

Baru Darra hendak bercakap ada suara lain menyapa dari tepi mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai semua!

🥰

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now