"Boleh la Darrius.."rayu Pearl menggoyangkan tangan Darra cuba hendak mengajak rakannya.
Bersabar saja la!Darra buat muka berserahnya. "Cik Muda Pearl...biar saya tanya awak...awak tahu menunggang kuda ke?"
Pearl menggeleng.
"Awak tahu bagaimana nak kawal kuda?"
Sekali lagi Pearl menggeleng.
"Dah tu kenapa beria sangat nak menunggang kuda?"tak terkata Darra sewaktu dua pengawal datang membawa dua ekor kuda mendekati mereka.
"Kenapa?Kan awak dah janji dengan saya. Untuk temankan saya berkuda sebagai hadiah hari lahir saya yang ke 14 tahun..."beritahu Pearl melentokkan kepalanya ke bahu Darra dengan manja.
Eh-eh..kecik besar saja dia perhatikan. "Hello...cik muda yang dikasihi...banyak-banyak permintaan dalam dunia ni, awak minta untuk berkuda juga kenapa?"Darra tarik lengannya dari pelukan Pearl.
"Awak tak nak?"
"Bukan tak nak...tapi ianya berbahaya...kalau cik muda mahu, biar naik kuda yang sama dengan saya saja."
"Ala...kali ni je... jom la ya?"geleng Pearl membuat muka merayunya.
Sambil mengetap bibir menahan sabar, Darra pandang muka comel merayu Pearl untuk seketika. Kalau tak diikutkan akan di ungkit aje. Kalau diturutkan dia yang dalam masalah.
"Okay...tapi kita hanya bergerak dengan perlahan aje..jangan buatkan kuda berlari..ingat tu?"pesan Darra.
"Hooray!Jom!Jom naik sekarang!"
Awalnya sesi tunggangan mereka selamat dan tenang aje. Tapi entah bila dan dari mana muncul seseorang dengan kuda di laluan mereka dari arah bertentangan. Hairan juga waktu itu Darra. Dia dah tergerak hati hendak melihat siapakah orang itu saat memperlahkan kudanya supaya Pearl dapat berada di sampingnya.
"Wah...tengok siapa yang ada dekat sini"tegur suara dalam yang membuatkan Darra terdiam seketika kerana pegun. Bergetar dada dia bila dengar. Dan semakin bertambah apabila melihat wajah pemilik suara itu.
"Tuan Muda Alfareeze...kecil betul tempat ni kan...banyak-banyak tempat di sini juga."sapa Pearl bernada bertapis supaya tidak kedengaran jengkel di situ.
Diam-diam Alfareeze mengerling ke Darra. Selepas beberapa tahun akhirnya dia bersua muka juga dengan anak Duke Elijah ini. Dia sering dengar khabar angin yang anak lelaki Duke Elijah mempunyai rupa paras yang cantik untuk seorang lelaki. Jadi hatinya tergerak hendak memastikan kenyataan tersebut. Namun tidak kesampaian kerana terlalu sibuk. Hari ini Alfareeze langkah kanan. Dia tidak menyangka keputusannya untuk keluar rumah menunggang kuda membawanya ke pertemuan tidak diduga ini.
Tapi yang tak puas hatinya kenapa Duke Elijah tidak mengizinkan mana-mana lelaki berkawan rapat dengan Darrius kecuali anak Duke Wendell saja?Buat dia rasa tercabar pula.
"Macam la tempat ni awak seorang saja yang boleh guna.."ujar Alfareeze mendatar sebelum pandang betul-betul ke Darra. "Jadi Inilah anak lelaki Duke Elijah yang heboh diperkata orang tu...tuan muda kegemaran yang menjadi pilihan cik muda Pearl?"
Darra mula merasakan ada yang tidak kena dengan nada Alfareeze itu. Kalau tak suka sekalipun tak perlu la bercakap. Perlu ke tunjuk perangai mengjengkelkan tu? "Dan Inilah anak kepada Duke Marcel yang terkenal dengan mulut tidak tahu hendak bertapisnya?Aku ingatkan aku melihat patung tak ada emosi...rupanya orang betul.."balasnya sama mendatar tidak berminat.
Tidak semena Pearl ikut ketawa dengan balasan Darra. "Boleh tak ke tepi..kami nak lalu.."
Mengerenyet mata kiri Alfareeze lepas dengar. "Kau cakap apa?"berani betul budak ni cakap begitu padanya!"Tahu tak aku ni lagi tua dari aku...beraninya balas kata aku macam tu.."
"Kalau dah sedar diri tu tua jangan la buat perangai macam budak-budak lagi."Darra balas lagi dengan muka 'ada aku kisah' pada Alfareeze saat memandang lelaki tersebut.
"Ahahaha"Pearl ketawa sambil bawa tangan ke depan mulut. Cuba elak dari mengeluarkan suara semasa ketawa tapi tidak dapat dibendung sepenuhnya.
Mengerat erat tangan Alfareeze saat cengkam tali cekang kudanya waktu itu. keningnya mencerlung tajam. Jadi Inilah yang dimaksudkan oleh Putera Eillian mengenai anak Duke Elijah ni. Sememangnya seperti yang dikhabarkan tuan muda di depannya ini memang menarik perhatian dia.
"Jom kita gerak Pearl.."Darra mula majukan kudanya ke depan.
Lalu diikuti oleh Pearl. Disaat dia berselisih dengan Alfareeze di tepi, sempat Pearl flashing senyuman mengejeknya ke lelaki itu.
Hal itu membuatkan Alfareeze berketik rahang menahan sabar. Berlagak betul. Dia palingkan kepala ke belakang lantas terlintas idea jahat dalam kepala waktu itu juga. Kalau bagus sangat...rasakan ni!
Tali cekang yang dicengkam tadi ditarik secara mengejut hingga menyebabkan kuda Alfareeze berdesah kuat dan mengundur ke belakang sebelum kakinya tersepak punggung kuda yang ditunggang oleh Pearl.
Kuda Pearl apalagi, ia berdecit kuat sebelum memecut laju ke hadapan. Menyebabkan Pearl hampir hendak tercampak ke belakang tapi gadis itu sempat stabilkan diri.
"Kyaaa!!!!"menjerit sehutan Pearl dibuatnya waktu itu.
Darra yang lihat terus toleh ke belakang. Melihat Alfareeze sedang toleh memandang ke arahnya dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan. Apa isu lelaki menjengkelkan itu sebenarnya?
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...