"Agnes...kenapa awak buat begini pada kami...bagaimana dengan anak kita?""Saya dah beri peluang kepada awak untuk perbaiki diri awak Elijah..tapi apa yang saya dapat?Saya sanggup tinggalkan keluarga saya demi awak..saya sanggup meninggalkan kekayaan demi awak...dan sekarang awak masih beri alasan kepada saya supaya saya tunggu lebih lama?"
"Saya akan ambil ujian itu sekali lagi dan bantu keluarga kita...jadi bertahan la sekejap lagi..."rayu Elijah semasa menepuk belakang anak berusia setahun setengah yang sedang terlena. Memandang kecewa akan isterinya yang sedang berdiri dengan tangan bersilang di dada.
"Saya dah tidak tahan lagi untuk hidup susah begini...makan pun susah, pakaian pun entah sudah berapa lama tidak berganti, hendak dikata berias tu jangan cerita...bersolek pun susah!Lima tahun saya bersama dengan awak Namun tiada satupun perubahan...saya bosan awak tahu...bosan!"
Air mata bergenangan di kelopak mata Elijah. Dia pandang penuh terkilan dengan apa yang didengarnya. "Kalau awak tinggalkan saya, bagaimana dengan anak kita?"
"Dia anak awak...awak jugalah dia. Saya tidak mahu ada kaitan dengan awak lagi apatah lagi dengan anak tu.."beritahu Agnes memandang ke depan dengan muka tiada perasaan.
Menggigil hebat bibir Elijah mendengar ucapan itu. "Macam tu saja?Selepas apa yang kita lalui, awak ambil keputusan untuk berpisah dengan saya?Meninggalkan anak yang awak telah kandung susah payah ini?"
"Cukup Elijah. Tandatangan saja surat penceraian kita. Dan saya akan kembali ke keluarga saya selepas ini. Selepas ini jangan menemui saya lagi. Anggap saja saya telah mati!"arah Agnes.
Elijah memeluk erat tubuh kecil dalam pelukannya itu sebelum mengucupnya dengan sedih, air mata berjuraian turun ke pipi.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat bahagiakan awak Agnes...saya tahu saya bukan dari keluarga berada..selain awak dan anak kita...tiada apa-apa yang saya perlukan saat ini..tolong..fikirkan semula keputusan awak ni.."mintanya dengan sebak.
"Tidak. Keputusan saya muktamad!"
"Agnes...saya merayu. Sekiranya awak enggan bersama dengan saya...jangan tinggalkan anak kita sendirian...dia masih kecil...apa yang dia tahu selain merindukan ibunya sendiri.."rayu Elijah dengan terdesak.
"Hentikannya Elijah. Berapa kali saya beritahu. Saya enggan meneruskan perkahwinan ini. Dan saya tidak mahu menjaga anak ini...saya mahu pergi dari sini dan keluar dari rumah lapuk dan tempat tidak bertamadun ini...tandatangan surat penceraian itu sekarang!"bentak Agnes keberangan.
Puan Agnes tunduk memandang dua mafela yang telah siap dilipat dengan renungan dalam. .Tangannya mengusap lembut permukaan kain mafela hasil kait tangan tersebut beberapa kali sebelum diletakkan ke dalam kotak.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...