Episode 65 : Kawan Baik Sayang

1.2K 140 7
                                    

         "Darra!!!"panggil Pearl dengan tangan terdepa luas semasa gadis tersebut berlari anak menyambut Darra di depan rumah agam Keluarga Duke Elijah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         "Darra!!!"panggil Pearl dengan tangan terdepa luas semasa gadis tersebut berlari anak menyambut Darra di depan rumah agam Keluarga Duke Elijah.

Darra waktu fully dress up, kelihatan begitu cantik seperti seorang cik muda. Sampaikan pengiring Pearl ikut memandang ke arahnya hendak melihat kehadiran Darra.

          "Oh my gosh!Dah dua minggu kita tak jumpa!Rindunya aku..."ucap Pearl saat memeluk erat tubuh Darra sebelum membelek penampilannya. "Cantiknya kawan kita hari ni?"agahnya sambil cubit manja pipi kiri Darra.

            "Kau seorang aje ke?"Darra pegang belakang pinggang Pearl sambil tu.

             "Mestilah...play date kita kan...kenapa ada orang lain pulak?"Pearl terus merangkul lengan Darra. membawa mereka ke arah pedati yang siap menunggu di depan laluan tersebut. "Aku nak bawa kau ke kedai dress paling popular dekat bandar ni, kemudian kita akan pilih dress paling cantik untuk majlis hari lahir Ricardo tu nanti.."

             "Ohh...kau pun dijemput sekali?"tunduk Darra kepada kelindan di sebelah pintu pedati apabila lelaki itu tunduk kepadanya.

             "Putera Eilian yang ajak...aku ikut aje la.."jawab Pearl semasa mendaki tangga untuk naik ke pedati.

Setelah itu Darra ikut dari belakang.

Mereka berdua saling bertentangan di situ dan pintu pedati pun tertutup.

             "Bukan main rapat lagi kau orang berdua ya?"seloroh Darra semasa membetulkan kain dress dia supaya tidak terpijak.

               Pearl memegang pipi sebelah kanan dengan malu. "Hahah..mana ada. Biasa aje.."senyumnya selepas itu seperti seseorang sedang dilamun cinta.

               Melihat betapa gembiranya kawannya, Darra ikut tersenyum. Kalau Pearl gembira, tenang sikit hati dia nanti taktala sudah tiada lagi bersama Pearl. "Aku ajak kau keluar hari ni sebab ada hal penting yang aku nak ceritakan dekat kau.."

               "Apa dia?Gosip?Aku suka gossip?"Pearl dengan teruja menepuk tangan. Dia pandang Darra penuh semangat.

Cepat atau lambat dia kena beritahu pada Pearl supaya kawannya tidak memarahi dia selepas semua kejadian dari terjadi.

                "Aku sukakan Alfareeze...dan begitu juga dengan Alfareeze."

Semasa Darra beritahu, pedati mereka mula bergerak.

                 Dan Pearl terkejung di depan Darra, senyuman dibibirnya ikut memudar. "Apa kau katakan tadi?"dia salah dengar ke.

                 "Sejak dua bulan yang lepas, Alfareeze dah tahu siapa diri aku yang sebenarnya. Dan dia lafazkan perasaan suka dia pada aku...tapi aku menolaknya"

                "Tapi Alfareeze bakal bertunang dengan Puteri Eiliana...kenapa-"

                "Aku yang buatkan Alfareeze menerima perjodohan dia bersama dengan Puteri Eiliana. Tapi apa yang aku nak beritahu kau bukan tentang kami berdua bersama. Ianya hanya sementara saja sehinggalah musim bunga tiba.."

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now