Alunan lagu yang dimainkan alat pemain piring hitam bergema dalam dewan tari menari. Dari luar pintu lagi lagu itu boleh didengari oleh mereka yang melewati hadapan tempat itu. Di dalam dewan pula kelihatan para pelajar lelaki dan perempuan sedang menari tarian bersama pasangan mereka.
Ingatkan dapat la bergosip seperti biasa, rupa-rupanya pada hari itu Pearl Chang langkah kiri sewaktu keluar dari akademi.
Siapa sangka kan dia akan menjadi pasangan kepada lelaki yang dia tidak digemari sejak berusia 6 tahun lagi. Kalau mahu diceritakan, sebenarnya ayah mereka berdua merupakan rakan satu akademi ketenteraan sejak remaja lagi. Berkawan baik sampai masing-masing berkahwin dan mempunyai anak. Tidak setakat itu, dengan anak-anak mereka pun hendak dijadikan kawan.
Tapi itulah masalahnya...
Lelaki dengan perempuan ni mana boleh jadi kawan...
Kalau bukan jadi pasangan,
Sudah jelas menjadi lawan.
Itulah la kisahnya.
Kalau ramai gadis di luar sana begitu taksub dan menginginkan jejaka muda lagikan kacak ini, tidak Pearl. Dia lebih sanggup diikat pada pokok dan digigit dengan kerengga dari bersama dengan lelaki ini.
Kenapa?
Yalah...siapa aje yang akan sukakan kepada lelaki yang hampir menyebabkan dia hilang kepala sewaktu belajar menunggang kuda dulu. Mestilah tidak kan...orang tidak waras pun tahu la.
"Cik Pearl...boleh tak berhenti pijak kaki saya?"minta Putera Eilian kepada pasangan menarinya dengan perlahan.
Pearl tersenyum manis. Dia pandang muka kacak Putera Eilian dengan mata ikut tersenyum. Buahaha!padan muka. Memang dia sengajakan pun.
"Maaf...saya ni tidak pandai sangat menari. Maaf sekiranya tuanku berasa tidak selesa menjadi pasangan menari saya"banyak pula rungutan.
Putera Eilian menarik nafas dengan dalam sambil mengetap bibir menahan sabar setelah hujung kasutnya sekali lagi dipijak Pearl. "Adakah itu alasan yang munasabah untuk cik muda gunakan?"
"Kenapa?Tuanku tidak percaya ke?"Ha'ah!Memang dia sengaja pijak. Pearl sengih tidak bersalah kepada Putera Eilian. Kepalanya terlentok sedikit ke kanan apabila Putera Eilian gerakkan mereka kanan dan kiri dengan rentak dua langkah. Tangan berjari runcing itu seakan mahu tak mahu aje genggam tangannya.
"Adakah Cik Pearl sengaja memijak kaki saya kerana saya bukan Darrius yang menjadi pasangan menari cik muda pada hari ini?"kening kiri Putera Eilian terjungkit sekali.
Tidak semena Pearl ketawa. Dah tahu tanya lagi. Tahu tidak dia sanggup ubah jadual semata hendak masuk ke akademi ini semata mahu menemui sahabat baiknya. Dia mahu berborak dan bercerita dengan Darra memandangkan mereka sudah sangat jarang bertemu. Kemudian lelaki muka menyakitkan hati ini pula merosakkan pelannya.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...