Ugh!
Sakitnya!
Rasa macam ada paku yang dipahat banyak atas kepala sekarang ni. Mencucuk-cucuk aje rasanya.
Darra angkat tangan dan mencengkam rambut panjangnya dengan kuat hendak menghilangkan rasa pening dan berat yang dirasai. Mata terpejam erat.
Sudah dua hari dua malam dia tidak dapat tidur dengan baik apalagi berehat kerana begitu tertekan memikirkan semuanya yang terjadi sejak kebelakangan ini.
Dan akhirnya...
Dengan perasaan dreadful Darra bangun dari perbaringan. Dia duduk melunjur atas katil disitu tunduk memegang kepalanya yang berasa pening.
Grr!
Menjengkelkan betul.
Kenapa muka Alfareeze sahaja yang muncul dalam lenanya. Kalau indah itu tak apa, ini tidak membuatkan dia terkejut berkali-kali semasa tidur. Ianya buatkan dia semakin terdesak hendak bertemu dengan Alfareeze supaya tekanan ni hilang dan dia dapat bertenang.
Namun perbualannya dengan ayahnya tempoh hari buatkan Darra berfikir dua kali sebelum marah.
"Kenapa ayah tak beritahu saya tentang perundingan yang ayah buat bersama Alfareeze?Kenapa ayah tak beritahu saya yang Alfareeze ada di sini?Ayah tahu tak saya bakal dikahwini semata hendak menjaga ketenteraman kerajaan ni"
"Dari mana kamu dengar mengenainya?"
"Dari Putera Mahkota Malik...dari siapa lagi. Ayah...tolong. Saya enggan berkahwin.."
"Darra jangan begini..."
"Saya tak faham...kenapa semua ni berlaku?Kenapa peperangan perlu terjadi...apa yang buatkan Alfareeze ke sini sebagai wakil Coravia...kenapa ayah jatuh sakit...banyak yang saya tak faham...tiba-tiba saja saya diberitahu akan dijadikan sebagai perantara untuk elakkan peperangan dari berlaku...masuk akal ke semua ni?"
Terdiam Duke Elijah.
"Katakan sesuatu ayah...jangan berdiam begini..."
"Kamu hendak ayah katakan apa lagi?Kamu dah dengar sendiri semuanya dari Putera Malik bukan?"
"Bukan semuanya...sekarang beritahu saya?"
Untuk seketika Duke Elijah mendiamkan diri. Keningnya ikut berkerut-kerut kerana sedang bergelut hendak membuat keputusan. "Dia yang menemui kita..."
"Hah?"
"Alfareeze...dia yang menemui kita di sini"
"Apa maksudnya?"
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...