Botol-botol bourbon bersepah di atas lantai. Puntung rokok memenuhi bekas abu di meja. Helaian kertas yang berterabur di atas lantai ada yang koyak ada yang renyuk. Sepertinya ayah dia minum dengan banyak dan tidak tidur malam tadi melihatkan keadaan tidak terurus dalam bilik tidur itu.Perlahan-lahan Darra mendekati Duke Elijah yang sedang baring di atas kerusi goyang dengan tangan di atas mata. Pakaian ayahnya tidak terurus di kutip lalu di letak ke atas lengan kerusi sebelum dia melutut di sebelah kerusi itu.
"Ayah..."lengan Duke Elijah di sentuh perlahan. "Dah siang ni, ayah perlu bangun."kejut Darra.
"Berhambus."arah Duke Elijah dengan suara serak bangun tidurnya.
"Jam berapa ayah tidur malam tadi?"tanya Darra lagi dengan perlahan. "Perlu ke saya beritahu Anthony untuk dapatkan ubat untuk ayah?"
Mungkin kerana jengkel atau kerimasan, Duke Elijah menurunkan tangan dari wajah sebelum melemparkan renungan marahnya kepada Darra. "Tak dengar?Aku kata berhambus kan!Apa yang kau tak fahamkan?"
Memang semua orang nampak Duke Elijah ini seorang yang berkaliber, elegan, tegas dan kelihatan menakutkan. Menganggap Duke Elijah ini semuanya serba sempurna kerana karakter yang dimiliki beliau. Namun disebalik semua itu, tersembunyi rahsia yang tiada siapa tahu.
Rahsia yang menjadi alasan kenapa Darra masih kekal mahu menuruti segala arahan dan permintaan Duke Elijah.
"Ayah tak boleh berterusan begini. Ianya tidak elok untuk kesihatan ayah. Adakah sesuatu telah terjadi di istana sampaikan ayah jadi begini?"Darra memang sudah terbiasa dengan sikap ayahnya. Tidak kiralah dimaki, diherdik, ditengking apalagi di marahi, sekalipun tidak pernah dia mengundur terutama sekali bila ayahnya berkeadaan seperti ini.
Duke Elijah dengan susah payah bangun dari baringnya. Dia duduk melunjur di kerusi itu memandang Darra sebelum air mata mengalir turun ke hujung hidung. Mata kemerahannya bergerak perlahan kanan dan kiri saat menatap wajah yang banyak mengingatkan dia kepada isteri yang dicintai.
Menyedari air mata yang mengalir turun dari mata ayahnya, Darra mengetap garis nipis di bibir sebelum gerak menyekanya dari wajah tua itu. Ini bukan kali pertama Darra melihat Duke Elijah menangis dan breakdown kerana ianya sudah menjadi rutin ayahnya begini setiap hari. Kemurungan yang dihadapi Duke Elijah sering buatkan beliau begini.
"Kau nak tahu sesuatu tak?"pandang Duke Elijah ke Darra saat air mata laju mengalir turun semasa dia tersenyum. "Masa kau lahir...aku bersorak kuat macam dunia ni aku yang punya...kau tahu tu?"
Darra mengangguk kepala.
"Tapi kenapa...kenapa aku sakiti kau walaupun aku sedar semua tu salah?"Duke Elijah ketawa saat tunduk memandang ke bawah. Teresak-esak menangis. "Aku bencikan kau...sebab kau buatkan aku rasa tak guna macam ni Darra Emerson...."
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...