Seusai majlis angkat sumpah dan tradisi Coravia dilaksanakan, pasangan pengantin membuat sesi greeting dengan para tetamu yang hadir. Sama ada terdiri daripada keluarga pengantin lelaki mahupun kenalan dari sebelah pihak pengantin perempuan. Maka muncul la dari satu pasangan ke satu pasangan menyapa Darra dan Alfareeze. Mengucapkan taniah atas perkahwinan mereka dan juga memberi hadiah sebagai kenang-kenangan buat mereka berdua.Semasa Darra sibuk berbual dengan keluarga sebelah pengantin lelaki iaitu sepasang suami isteri pertengahan umur, waktu itu Alfareeze didatangi oleh Tolan. Dimana pembantunya berbisik mengenai Pearl kepadanya.
"Tuan...Cik Muda Pearl sudah bersedia untuk berjumpa..."bisik Tolan.
Alfareeze memberi side eyes kepada bisikan tersebut sebelum merapat ke Darra dan pegang belakang badan itu.
"Hahaha... terima kasih puan untuk pemberiannya."beritahu Darra sewaktu menyambut pemberian ibu saudara belah ibu Alfareeze. Dia berasa lucu kerana apa yang disampaikan oleh pasangan dihadapannya tadi mengenai set pakaian yang dijahit sendiri dengan gambar burung tapi katanya tersalah menjadi gambar itik yang sedondon.
"Taniah sekali lagi..."
Alfareeze waktu itu juga beri pelukan sekejap pada pasangan tersebut. "Kita berborak lagi nanti ya. Terima kasih untuk kehadirannya."beritahunya.
"Ah..ya!Sudah tentu."pasangan tersebut memberi senyuman bangga sebelum bergerak pergi dari situ.
Bersama sisa senyuman di bibirnya juga Darra pun berpaling hendak memandang tetamu seterusnya. Sekali bila dia pandang wajah di hadapannya, senyuman Darra terus jatuh. Air mukanya bungkam yang amat sangat.
Sebuah jambangan bunga terarah pada depan muka Darra.
"Hai."senyum Pearl waktu itu dengan lebar hingga pipinya ikut naik. "Taniah untuk perkahwinan kau Darra."ucapnya bersama air mata bergenangan di kelopak. "Bunga untuk kau.. Akhirnya kau bahagia jugak...doa aku termakbul untuk tengok kau ada happy ending."
Tidak dapat mengatakan apa-apa terus Darra terpa Pearl dengan erat dan tunduk menangis di bahu itu. Berlagu-lagu tanggisannya waktu itu kerana begitu sebak dan gembira melihat Pearl di situ. "Pearl...maafkan la aku.."sedu sedan Darra semasa mengucapkannya.
Turut berasa sebak Pearl ikut menangis dan memeluk Darra dengan erat. Melampiaskan rasa rindu yang selama ini berbuak dalam dada minta di lepaskan. "Aku faham Darra..."
Alfareeze di samping Darra waktu itu tidak menyampuk dan hanya menenangkan isterinya dengan usapan lembut di belakang badan itu.
"Apa yang berlaku?Macam mana kau boleh ada dekat sini?"masih dalam keadaan menangisnya Darra leraikan pelukan mereka. Dia sentuh pipi Pearl untuk menyeka air mata darinya.
"Alfareeze yang datang menemui aku dan menghantar jemputan untuk majlis kau...yang mana dia yang janji dengan aku. Untuk beritahu aku kalau dia berjumpa dengan kau.."senyum Pearl saat menyeka air mata dari pipi Darra dengan sapu tangan perlahan-lahan.
Tersentak Darra. Dia lantas memalingkan kepala ke sebelah. Dia pandang Alfareeze dengan muka tercengang. Alfareeze yang bawa Pearl ke sini?
Alfareeze balas dengan senyuman meleret bangganya. "Hadiah kau."beritahunya perlahan.
Sekali lagi Pearl menarik Darra ke dalam pelukan. "Aku tak marahkan kau tinggalkan aku. Dan aku tak menyalahkan keputusan kau pergi tanpa beritahu. Sebab aku faham betapa terluka hati ayah kau dan juga kau..."
Darra balas pelukan itu semula. "Terima kasih sebab datang Pearl...aku betul-betul gembira dapat jumpa kau."
Pearl tersenyum senang saat air mata turun ke pipinya. Dia berterima kasih dengan takdir kerana mengizinkannya semula untuk bertemu dengan Darra. Walaupun sudah tiga tahun terpisah, pertemuan mereka seakan baru semalam mereka berpisah. Tidak terasa jarak atau kekok. Malah selesa yang menggembirakan. "Aku pun gembira dapat bertemu dengan kau Darra."ucapnya.
Tolan di tepi waktu itu melihat air mata yang turun di pipi Pearl tanpa berkedip sesaat pun. Hatinya sudah terkutik hendak menyeka titisan Mutiara itu dari pipi mulus Pearl Namun tubuhnya kaku berdiri tidak bergerak kerana bersikap kurang ajar pada tetamu tuannya.
"Kita borak lagi ya. Ada ramai lagi yang hendak temui kau. Okay. Dah jangan menangis lagi."Pearl pula yang menolak Darra dari pelukannya.
Cepat-cepat Darra pegang tangan Pearl apabila rakannya mahu bergerak pergi. "Kau takkan pergi kan??"
Pearl tersenyum sebelum menggeleng. "Tak. Aku tunggu kau sampai majlis selesai."beritahunya. "Ada banyak perkara yang aku nak tahu tentang kau selama tiga tahun ni.."katanya semasa berjalan pergi dari situ.
Baru saja Darra menyeka air mata dari pipinya, waktu itu Alfareeze rangkul bahu Darra. Tunduk membisikkan sesuatu ke tepi telinganya.
"Maafkan aku...sebenarnya aku bukan bawa Pearl seorang aje ke majlis kita ni.."
"Apa maksud kau?"
Semasa Darra gerak memalingkan kepala ke Alfareeze waktu itu juga satu suara lembut memanggil dari tepi.
Sangat lembut hingga membuatkan Darra menahan nafas terkejut apabila dia laju-laju memusingkan kepala ke suara itu.
Puan Agnes sedang berdiri sama dengan Duke Brett dan Ricardo di belakang. Wanita tersebut tersenyum dengan lebar taktala bertentang mata dengan Darra di situ.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...