Darra perhatikan Duke Elijah sewaktu lelaki itu bersiap. Dia berdiri di situ sambil menatang dulang berisi sarapan pagi yang dia sediakan awal sebelum ke bilik tidur ayahnya itu. Malam tadi dia diberitahu ayahnya akan keluar awal kerana urusan rasmi menyambut kedatangan Raja Kayan ke Istana Marlowe nanti.Sewaktu maid sedang mengenakan sut ke badan Duke Elijah, lelaki itu bersuara. "Sebaiknya kamu tinggal saja di rumah untuk hari ni Darra.."
"Macam mana dengan kelas Darra nanti?"
"Permaisuri Luana pasti faham...Lagipula hari ini hari penting. Baginda mungkin tidak kisah sekiranya kamu tidak masuk ke istana."ujar Duke Elijah membutang sut uniform rasmi pegawai diraja kemas-kemas.
Untuk seketika Darra perhatikan saja pergerakkan sibuk maid di situ menyiapkan ayahnya. Ada yang tolong mengenakan lencana di sut, ada juga yang meletakkan kasut di kaki itu, ada yang memegang pedang ada juga yang bantu membuang debu pada pakaian serba royal blue di badan itu. Dia hendak sampaikan sesuatu sebenarnya, tapi tak tahu la kenapa susah pulak mulut ni nak bertutur.
Tergigit-gigit la bawah bibirnya waktu itu semasa Darra diam termenung memandang ke lantai. Dia cuma nak tanya kalau-kalau ayahnya tahu mengenai Alfareeze. Atau mungkin ayahnya tahu apa yang berlaku pada Duke Marcel dan keluarga lelaki tu sekarang. Tapi dia tidak berani hendak menyatakan pertanyaan itu.
Disaat Duke Elijah telah hampir selesai bersiap, dia terpandang wajah anak perempuannya itu. Serta merta dia boleh baca air muka bergelut Darra selepas melihatnya. "Kenapa?Ada sesuatu yang kamu perlukan ke?Jika kamu mahu keluar, pergi la keluar tapi pastikan ada yang berteman. Bawa Anthony atau Soul bersama kamu jika tidak mahu ramai yang mengiringi kamu."
"Bukan itu.."dia tak kisah pun kalau duduk rumah hari ni. Darra menggeleng kepala.
"Kemudian?"Duke Elijah berdiri menghadap Darra dengan renungan ingin tahu. "Apa yang buatkan kamu begini?Kali terakhir ayah lihat kamu begini adalah beberapa bulan selepas kita tiba di sini"duganya yang sudah hafal tingkah Darra.
Darra teragak-agak memandang Duke Elijah. "Semuanya akan baik-baik saja kan?Ayah akan mengelak daripada peperangan berlaku masa berunding nanti kan?"soalnya.
Dengusan kecil lepas dari Duke Elijah selepas itu. Berasa lucu sendiri dengan sikap mengelat Darra. Dia tidak yakin yang itu adalah soalan yang Darra mahu bertanya kepadanya.
"Semuanya akan baik-baik saja Darra. Jangan risau..."dia hampiri Darra sebelum mencapai cangkir dalam dulang yang ditatang Darra lalu dihirup perlahan air yang sudah suam-suam hangat sedikit demi sedikit.
Bukan itu yang dia nak tanya!Haish!Mulut ni pun!Darra mengetap bibir kerana geram dengan diri sendiri.
"Kamu buat kek ni sendiri?"
Darra pandang tangan Duke Elijah saat lelaki itu memotong sedikit kek yang ada di atas pinggan kecil dalam dulangnya. "Ya..malam tadi. Saya tak dapat tidur jadi saya buat sedikit kek dan biskut.." beritahunya.
Semakin yakin yang ada sesuatu menganggu fikiran Darra, Duke Elijah menarik senyuman nipis di bibir lalu mengusap perlahan mahkota kepala Darra. Apa agaknya yang menganggu fikiran Darra ni. "Kenapa dengan kamu sebenarnya ni?"
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...