Sepasang kot merah merun dicampak kasar ke atas sofa sebelum Duke Marcel duduk dengan marah di situ. Kepala tersandar ke belakang.
"Apa yang kamu lakukan di akademi itu?Ayah hantar kamu ke situ adalah untuk perhatikan tindak tanduk Darrius!Dan kamu apa?Membiarkan budak hingusan itu bersama dengan Putera Mahkota?"marah-marah Duke Marcel bertanya.
Kerana Alfareeze sudah terbiasa, lelaki itu hanya duduk selesa di kerusi berhadapan dengan Duke Marcel. Mata miliknya merenung bosan akan wajah berang ayahnya. Entah apalah yang dipandangkan dengan Duke Elijah itu. Semuanya rasa tidak kena dipandang ayahnya. Sampaikan dia yang hendak menghadapnya muak.
"Sekarang ayah tidak peduli. Kamu perlu buatkan budak hingusan itu gagal dalam akademi itu. Buatkan keputusannya corot. Pendek kata..buatkan anak Elijah kep***t itu dimalukan."tegas Duke Marcel dengan renungan benci. "Kalau aku tak boleh jatuhkan Elijah...aku akan gunakan anak lelaki yang dia banggakan itu untuk jatuhkan dia!"
Alfareeze melepaskan hela nafas panjang sebelum berkata. Mula dah. Tidak habis-habis dengan Darrius...Darrius. Apa salah budak lelaki itupun dia masih tidak habis fikir.
"Sampai bila ayah mahu bermusuhan dengan Duke Elijah?Rasanya apa saja yang Duke Elijah sampaikan ada betulnya...tak boleh ke ayah mengalah untuk sekali?"
Duduk tegak Duke Marcel dibuatnya. Lelaki itu pandang tidak percaya ke Alfareeze.
"Apa kamu kata?Mengalah?Memang tidak mungkinlah ayah akan mengundur dulu. Kalau ayah mengalah, sukalah Duke Elijah nanti."beritahunya dengan muka beria.
Inilah ayahnya, sudah tahu diri itu kalah, masih berdegil hendak mengaku menang.
"Kalau begitu jangan tertekan sekiranya Duke Elijah berjaya mendahului ayah..."beritahu Alfareeze hampir hendak membuat muka menyampahnya.
"Itu yang ayah tidak faham...semua orang tahu betapa taksubnya Elijah soal kuasa dan pengaruh...tapi kenapa masih ada juga yang menyokong lelaki tidak guna itu!?"
"Mungkin sebab Duke Elijah lebih bijak?"jawab Alfareeze memberi side eyes kepada ayahnya.
"EH!Kamu ni anak siapa hah?Anak ayah ke anak orang tua itu?Tak habis-habis hendak membela orang tua tu!"
"Anak ibu Alfa la...anak siapa lagi.."
"Itulah tahunya kamu...memang ibu kamu saja yang lahirkan dan besarkan kamu kan..."
Alfareeze berdengus kecil hendak ketawa bila melihat rajuk ayahnya.
Perangai...tidak ubah seperti kanak-kanak. Umur sudah cecah 50 tahun tapi tidak pernah hendak matang. "Sudahlah tu ayah...raja sendiri dah beri kata putus bukan. Ayah hendakkan apa lagi dengan keputusan baginda?"
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...