Pintu bilik di tutup sebelum Alfareeze meletakkan buku bacaannya di atas rak sebelah pintu. Dia baru sahaja pulang dari perpustakaan rumah agam tadi. Oleh kerana dia mula merasa letih dan mengantuk dia pun gerak masuk ke bilik tidur semula. Satu minggu ini dia tidak dapat rehat yang cukup kerana sibuk. Jadi memang dah merancang hendak tidur awal. Tapi seperti biasalah, matanya ini enggan tutup kerana sering terbayangkan wajah sama berulang kali.Jam di dinding sudah menunjukkan waktu masuk jam 11 malam. Memberitahu lewat malam bakal berlabuh.
Baru sahaja niatnya hendak ke katil, tetapi bunyi deru angin malam dari jendela membuatkan Alfareeze berpusing dari hendak ke katil berpatah balik ke jendela untuk menutupnya.
Kuat angin waktu itu sebaik saja Alfareeze berdiri dekat situ. Terkejut dia sampai merinding kedinginan selepas ia bertiup masuk melaluinya. Ingatkan hendak tutup terus jendela tetapi tergendala pula selepas tertarik dengan pemandangan di situ.
Alfareeze pandang ke langit malam yang sedang menghujankan kepingan salji dengan renungan merindu.
Langit malam itu lebat dengan salji yang turun. Katanya hendak ribut, mujurlah tidak la seteruk yang dikhabarkan. Kalau tidak pasti esok jalan akan penuh dengan salji yang tebal. Dan nampaknya malam ini dia kena berselimut tebal la jawabnya. Suhu malam ini sedingin hatinya saat ini.
Seusai mengunci jendelanya, Alfareeze berpusing semula untuk ke katil.
"Kalau badan dingin boleh dihangatkan dengan selimut, tapi bagaimana dengan hati aku ni?"bicara Alfareeze sendiri dengan keluh kesalnya.
Baru saja Alfareeze mahu panjat katil, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Membuatkan dia turunkan kaki semula ke bawah saat pandang ke arah pintu. Siapa pulak tu?
"Ya?"sambutnya.
Pintu terbuka.
Seorang pengawal keselamatan berdiri di depan pintu tersebut. Memandang Alfareeze.
"Ada apa Abraham?"
"Maafkan saya tuan kerana menganggu. Tapi ianya hal mustahak."
"Yalah. Mestilah mustahak. kalau tidak tak adanya kau berani-berani datang ketuk pintu bilik aku tengah malam macam ni.."bebel Alfareeze dalam hati. "Ada apa?"
"Tuan...dihadapan pintu pagar ada seorang pelawat ingin bertemu dengan tuan. Katanya ianya penting."wajah Abraham kelihatan seperti orang bergelut dengan perasaan sendiri.
Hal itu dikesan oleh Alfareeze. Sudah kenapa ketua keselamatan keluarganya ini kelihatan resah. "Siapa?"keningnya berkerut tidak sedap hati. Siapa pula yang datang di tengah malam dalam keadaan cuaca buruk begini?Mustahak sangat ke!?
"Saya tidak pasti siapa...tetapi dia hanya datang bersama kuda tungangannya. Dan mahu menemui tuan.."
Haish!Siapa pulak ni!Alfareeze jalan ke arah tempat gantungan kot. Dia capai jaket labuh tebal bersama mafela lalu dipakai dengan segera. "Bawa saya temui orang itu sekarang.."gesanya dengan kasar.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...