Seperti biasa pada minggu itu, di kelas tari menarinya. Pearl bersama rakan sekelas yang lain akan hadir ke Akademi Latihan Muda untuk kelas tersebut. Namun pada hari itu Pearl bawa buah tangan untuk Darra memandangkan rakan baiknya telah memberikan dia hadiah.Tersenyum riang, dia palingkan kepala kanan dan kiri sebelum mengjengah leher cuba mencari kelibat Darra di antara ramai-ramai pelajar lelaki yang ada di dalam dewan tari menari di situ. Biasanya Darra ada aje terselit dekat sekitar kumpulan kelas Putera Eilian. Tapi entah kenapa tak ada pulak. Tak masuk akademi ke?Ke tak hadir?Sakit?Eh!Takkan lah!
Pada masa itulah ekor mata Pearl menangkap kelibat Putera Eilian tidak jauh dari dua orang pelajar lelaki yang sedang berbual sesama mereka.
Aha!
Mungkin Putera Eilian tahu.
Langkah riang Pearl di atur ke arah lelaki segak berkemeja putih garis keemasan tadi.
"Tuanku.."panggil Pearl.
Menung Putera Eilian tersentak. Lelaki itu terus menggerakkan kepala ke kanan dimana Pearl sedang menuju mendekatinya. Jantung di dalam tulang rusuk mula menghentak-hentak kuat dalam dada.
Senyuman manis terukir di bibir Pearl Setibanya dia dihadapan Putera Eilian.
"Di mana Darrius?Kenapa saya tak nampak dia dalam kelas ni?"tanya Pearl sebelum tersenyum lebar.
Mata Putera Eilian berkedip sekali sebelum dia lempat pandang ke sekitar dewan. Susahnya dia mahu menatap mata Pearl. Apa yang patut dia beritahu kepada Pearl?Patut ke dia beritahu apa yang sebenarnya berlaku?
Kepala Pearl terlentok sedikit ke kiri kerana Putera Eilian tidak memandangnya.
"Putera Eilian??"lengan kiri itu dipegang Pearl dengan perlahan.
"Ya saya.."sambut Putera Eilian dengan perasaan serba salah dan dada yang sempit yang amat sangat. Lututnya tiba-tiba saja hilang daya hendak berdiri.
"Darrius tak sihat ke?Ke dia ada tak dekat akademi sekarang ni?"tanya Pearl lagi. "Ada sesuatu yang saya nak serahkan kepada dia.."jengahnya sambil tu mencari kelibat Darra.
Semakin sebu dada saat itu. Putera Eilian diam-diam menarik dan menghela nafas beberapa kali hendak menenangkan diri.
Pesan Darra berlegar-legar dalam kepala. Putera Eilian begitu dilemma. Dia diberi pilihan untuk mendiamkan diri dan tidak menceritakan hal sebenar atau beritahu semuanya kepada Pearl dan perlu bersedia untuk kehilangan cinta hatinya yang satu ini.
Bagaimana dia mahu mengatakannya kepada Pearl?
"Baik kelas...kita mulakan kelas tari menari kita sekarang. Diminta para pelajar supaya beratur dalam satu barisan lurus membentuk pasangan.."
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...