"Mari makan Darra.."beritahu Ricardo selepas siap menyusun makanan di atas meja kecil di tepi katil.Darra yang sedang membaca buku menyambut ajakan itu dengan anggukan kepala.
"Awak belum makan dari semalam kan...ni saya ada bawakan sedikit makanan hangat untuk isi perut tu. Berhentilah sekejap.."lelaki lampai tersebut jalan ke belakang meja Darra dan berdiri di kerusi itu untuk tunduk mengemas buku dan kertas dari meja Darra.
"Hei!"dongak Darra dengan kening berkerut serta merta apabila tangan Ricardo muncul dari atas.
Ricardo tunduk lalu bertemu muka bercemberut Darra sebelum tersenyum nipis.
"Jangan nak tunjuk perangai degil tu boleh tak. Makan aje dulu. Belajar tu kemudian pun boleh."dia jentik tengah dahi Darra sejurus itu.
"Sudah tiga hari aku dekat sini...berapa lama lagi dia orang nak kurung aku?"bebel Darra semasa dipaksa bangun oleh Ricardo dari situ.
"Masih dalam siasatan. Bersabar la sedikit."sambil tarik kerusi ke belakang, Ricardo pegang belakang badan Darra untuk dudukkan gadis tersebut ke situ.
Darra mengetik lidah kejengkelan sebelum dia pandang makanan yang ada di meja depannya. Perut dia lapar, tapi seleranya tiada. Tekanan belajar dan tekanan kerana memikirkan Alfareeze benar-benar memakan dirinya dari dalam.
"Kau ada bawa apa-apa yang manis ke?" biasanya Alfareeze yang rajin membekalkan dia manisan tanpa di suruh. Lelaki itu sentiasa tahu apa yang dia perlukan tanpa bertanya.
Kini tidak lagi. Semua ini kerana, sejak lelaki itu menjauhkan diri darinya, sejak itu dia tidak menjamah sebarang manisan. Ianya kerana Darra akan teringat akan Alfareeze jika dia makan benda manis.
Haih!
Darra mengeluh panjang.
Sekali lagi dia teringatkan Alfareeze tu!
Berapa masa yang diperlukan untuk move on ni?
Seksa betul la!
"Makanan yang manis?"Ricardo pandang makanan yang ada sebelum ke Darra. "Awak nak?Saya carikan?"
Cepat-cepat Darra menggeleng. "Tak apa kalau tak ada. Aku tanya aje."tangannya gerak mencapai garpu sebelum mengambil potongan daging dari bekas di sebelah kiri.
Barulah Ricardo duduk selesakan diri di kerusi berhadapan dengan Darra untuk menanggalkan topeng mulutnya. Nafas lega dilepas panjang apabila dia melihat Darra sedang mengunyah makanan. Hilang sedikit risau dia.
"Kau tak makan?"aju Darra garpu yang dicucuk dengan tomato.
"Makan la..saya dah makan di dewan makan tadi.."tolak Ricardo akan tangan itu.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...