Selepas dua minggu penggantungannya, Darra Emerson alias Darrius Emmerson kembali semula menjalani kehidupannya seperti biasa. Luka di kepala telah sembuh sepenuhnya tanpa parut. Duke Elijah yang dihantar ke Wilayah Selatan Utara untuk menyelesaikan isu ancaman pencerobohan juga telah kembali dengan kejayaannya. Iaitu membuat perikatan keamanan dengan negeri musuh mereka. Dan selepas itu Duke Elijah pulang ke rumah dengan selamat. Darra sambut kepulangan ayahnya dengan baik walaupun sikap lelaki itu masih sama dan tidak berubah. Pada masa yang sama Darra cuba mendapatkan maklumat dari Nanny Clara, tetapi Wanita itu dengan jayanya dapat melarikan diri dan mengelak dari menjawab semua persoalan yang diajukan kepadanya.
Beberapa hari kemudian,Darra di benarkan untuk keluar rumah dan kembali ke akademi. Awalnya semasa Darra kembali ke situ, para pelajar Akademi Latihan Muda agak kekok hendak memandang mahupun menegur Darra, tetapi selepas Putera Eilian yang awalnya bersikap dingin dan jahat pada Darra berubah sikap dengan melayani Darra dengan baik, sejak itulah para pelajar yang lain terbuka untuk berbual dan menegurnya.
Sebelum itu Putera Eilian sempat bersemuka dengan Darra. Bertanya kepada Darra mengenai kecurigaan lelaki itu ekoran kejadian di Pesta Cahaya tempoh hari. Pada mula Darra menafikan semuanya, tetapi selepas di desak dan diugut yang Putera Eilian akan bertanya sendiri secara langsung pada Duke Elijah dan Pearl, Darra terpaksa akur. Maka Putera Eilian akhirnya turut mengetahui bahawa Darra hanyalah menyamar menjadi lelaki kerana keinginan Duke Elijah. Selepas dengar penjelasan Darra, Putera Eilian memang terkejut. Dia sempat lagi kata nak dedahkan hal sebenar tapi lepas Darra kata dia akan suruh Pearl bencikan Putera Eilian, lelaki itu terus tunduk mengalah. Mereka berdua terus dalam terma baik. Putera Eilian janji yang dia tidak akan lagi menganggu Darra dan menjadi kawan baik Darra di Akademi demi mendapat impression baik Pearl.
Seperti biasa, Marvin yang menemani Darra ke mana-mana dalam akademi sekiranya Marvin tidak sibuk atau tidak mempunyai sebarang kelas pada masa itu. Lelaki itu juga banyak membantu Darra untuk persediaan peperiksaan penggal pertama mereka. Disebabkan layanan Marvin yang mesra pada Darra, sedikit sebanyak ia menimbulkan kecurigaan di kalangan pelajar lelaki lain dalam akademi tersebut.
Ada yang beranggapan mungkin Marvin dan Darra adalah pasangan bercinta, ada juga yang mengatakan Darra hanya menggunakan Marvin kerana lelaki itu adalah anak kepada dekan. Tidak lepas juga ada yang membuat spekulasi yang Darra rapat dengan Marvin kerana ingin lulus dengan mudah dan naikkan ranking menggunakan pengaruh Marvin sebagai anak dekan di akademi itu. Sedangkan hanya mereka berdua saja yang tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua.
Kemudian ekoran kejadian Darra membuat perjanjian dengan Alfareeze, setiap kali hadiri kelas lelaki itu, Darra dihantui dengan renungan dan jelingan tajam dari Alfareeze. Selain itu setiap kelas lelaki itu Darra sering menjadi target Alfareeze untuk dikenakan seperti menjadi contoh, jawab soalan yang susah, Darra juga dijadikan sebagai objek untuk sasaran memanah lelaki itu. Yang mana memang mengundang marah Darra, tapi bila Darra mahu dekati Alfareeze atau mahu bercakap dengan lelaki itu, Alfareeze dengan cekap mengelak dan menjauhkan diri!
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...