"Tuan muda!Bawa bertenang!"
"Lepaskan saya!"
"Jangan begini tuan muda!Tuan tidak mahu diganggu sekarang."
"AKU KATA KE TEPI!"ngaum Ricardo kepada pengawal yang cuba menghadang dirinya dari mendekati pejabat dimana Duke Brett berada.
Lima orang pengawal sudah pun berdiri di sekeliling Ricardo. Namun tiada seorang pun dapat menghentikan pemuda yang sedang mengamuk itu.
Ricardo maju ke depan, dia berarak ke depan dimana pintu pejabat ayahnya berada. Hairan dia kenapa ramai betul pengawal?Sejak bila ayahnya mempunyai orang disekeliling seramai ini. Dan lagi satu kenapa pejabat ayahnya berubah dimana Duke Elijah pernah berada?Apa sebenarnya telah berlaku ni!
Pintu dua muka terbuka ke dalam dengan mengejut tanpa amaran sesaat kemudian.
Duke Brett di belakang meja waktu itu tersentak dari berbincang dengan staf diraja di sebelahnya. Lelaki itu dengan lekas mengangkat kepala dan pandang ke pintu bersama kening terangkat tinggi.
Pengawal yang cuba menghalang Ricardo tadi berdiri risau di luar pintu.
"Ayah!Apa yang dah berlaku?Kenapa semua ni boleh terjadi!?"sembur Ricardo terus kerana begitu berang. "Kenapa ayah ada di pejabat Menteri Pertahanan!jelaskannya sekarang!"dia berdiri di depan meja tersebut selepas tiba ke dalam. Nafasnya kencang, dadanya berombak. Renungan mata kemerahan kerana marah.
"Keluar terlebih dahulu Ricardo."beritahu Duke Brett saat memalingkan kepala ke kanan bilik.
Ricardo turut memalingkan kepala ke kanan. Dia nak tahu kenapa ayahnya pandang ke situ. Sekali bila matanya tertancap pada meja dimana lima orang Menteri sedang duduk, matanya terbutang kaku.
"Kenapa semua tuan Menteri di sini?"dia tunding jari ke arah mereka sekembali memaling kepala ke Duke Brett. "Ayah...adakah ayah punca Duke Elijah pergi dari sini?Berpindah terus tanpa meninggalkan jejak dan meletakkan jawatan?Adakah ini perbuatan ayah?"
Para Menteri di situ pandang ke Duke Brett berasa terganggu mendengar tuduhan tidak berasas Ricardo. Mereka mahu bersuara, tetapi Duke Brett malahan memberi isyarat kepada mereka supaya tidak bergerak apatah lagi bercakap.
"Kita bincang hal ini dirumah nanti Ricardo. Tolong. Sekarang keluar. "
"Tak. Selagi ayah tak jelaskan apa yang berlaku...saya tidak akan keluar dari bilik ni!Jelaskannya sekarang!Apa yang ayah telah lakukan!Adakah ayah telah menikam belakang rakan baik ayah sendiri!?"
Rahang Duke Brett berketik. Renungan mata kelamnya terarah pada Ricardo. Dia tidak dapat marah bila Ricardo meninggikan suara kepadanya kerana betapa sedihnya perasaan dia saat itu.
"Tuan...kami keluar dahulu. Kami akan datang kembali selepas ini."beritahu Menteri di situ dengan perlahan.
"Maaf.."ucap Duke Brett saat mengangguk kepala. Dalam diam dia berterima kasih.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...