Episode 104 : Blushing

1.3K 145 6
                                    

Blushing!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Blushing!

Blushing!

Blushing!

Darra merasakan suhu badannya bakal meningkat sebentar lagi kerana bahang yang menjalar di sekitar dada serta wajah waktu ini. Dia tidak boleh berfikir dengan jelas jika Alfareeze tidak berhenti dari memandangnya di sebarang meja sana. Entah apa yang menariknya sampaikan lelaki itu tidak berhenti dari pandang.

Dari awal perbincangan, waktu makan tengah hari sehingga sekarang di ruang tamu untuk menyambung semula perbincangan perkahwinan mereka, Alfareeze tidak pernah sekali dari berhenti mengerling ke Darra.

Sementara Darra yang memang malu sejak awal tadi tidak pernah sekali membalas pandangan Alfareeze. Kalau terpandang pun cepat-cepat dia alihkan mata ke tempat lain. Sebolehnya dia mahu mengelak dari bertentang mata. Sebabnya kalau dia pandang Alfareeze kejadian memalukan di kem tentera Alfareeze itu bermain dalam kepalanya.

Cepat la habis!

Dia tak tahan la tanggung rasa malu ni. Macam nak benamkan muka ni ke bantal dan jerit sekuat hati pun ada.

Darra pandang ke Duke Elijah apabila mendengar ayahnya bersetuju dengan tarikh majlis perkahwinannya nanti. Iaitu sebulan dari sekarang.

         "Kalau boleh kami hendak adakan lebih cepat, tapi Alfareeze ada beberapa urusan diraja yang perlu di lakukan. Jadi sebulan la terpaksa menunggu."jelas Puan Rona.

          Duke Elijah mengangguk. "Saya faham..jangan risau. Tarikh ini juga sesuai."

          "Bagaimana dengan kamu Darra?Adakah tarikh ini tidak apa-apa?"Duke Marcel pandang ke Darra.

           Huh?Darra pandang dengan kening terangkat tinggi. "Bo-boleh..."angguknya tergagap tanpa sedar kerana begitu gementar.

            "Kenapa muka kamu merah?Kamu tak apa-apa ke?"Duke Elijah tekap tangan ke dahi Darra tidak semena kerana perasan betapa beronanya pipi Darrah waktu itu.

             Alfareeze di situ hanya menarik sengih meleretnya. "Malu tu.."selorohnya. "Itu yang blushing tak habis-habis.."

Kepala Darra berpaling laju ke Alfareeze. Hampir saja dia mahu marah, tapi bila pandang aje muka tu, dia cepat-cepat menundukkan kepala ke bawah. Huaghh!!Malunya!

Alfareeze menyandar ke belakang dengan tangannya rehat di atas arm rest kerusi. Dia genggam lepas beberapa kali jari jemarinya semasa memandang Darra di sofa depannya. Lama lagi ke perbualan ni?Dia mahu bersama dengan Darra sekarang!

            "Kami telah sertakan bersama dengan hadiah perkahwinan buat Darra."beritahu Duke Marcel.

            "Dan juga ini merupakan keronsang pusaka dari keluarga saya yang saya mahu berikan kepada Darra sebagai hadiah.."Puan Rona mengeluarkan satu bekas perhiasan berwarna biru gelap dari beg tangannya lantas di suakan kepada Alfareeze. "Biasanya akan diturunkan kepada bakal menantu yang menjadi isteri kepada pewaris keluarga Utama. Dan Alfareeze merupakan pewaris Utama dari keluarga saya, maka saya dipertanggungjawabkan untuk menyerahkannya kepada Darra."

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now