Setahun selepas Darra pindah....Suara kecoh-kecoh kedengaran dari luar khemah sewaktu dia sedang tunduk mengemas barangan yang ada untuk dibawa keluar buat pindah ke tapak kem ketenteraan yang seterusnya. Malam tadi dia telah berjaya menawan Istana Utama Cameron dan menjadikan Raja Salas sebagai pemerintah di bawah naungan Coravia. Jadi tugas Alfareeze sudahpun selesai di situ.
"Apa yang kecoh-kecoh dekat luar tu?"pandangnya dengan kening berkerut. "Tolan pergi tengok.."
"Baik tuan.."Tolan meletakkan barang yang dia pegang tadi ke bawah lalu berarak keluar dari khemah.
Setelah itu Alfareeze kembali menyambung kerja mengemasnya. Namun tidak lama selepas Tolan keluar, bunyi langsir khemah diselak kasar-kasar kedengaran.
"Tuan..."
Alfareeze pandang sambil gulung skrol. "Kenapa?"
"Seorang gadis bernama Pearl Chang datang ingin bertemu dengan tuan.."maklum Tolan dengan perlahan.
Untuk beberapa saat Alfareeze kabur. Dia terfikir sekejap siapakah Pearl Chang. "Di mana dia?"
"Di luar..pengawal tidak izinkan dia masuk, di sebabkan itu dia buat bising semata mahu menemui tuan.."
Mendengarnya Alfareeze terus berjalan keluar dari khemah. Dan Setibanya dia diluar laman kawasan khemahnya dia melihat seorang gadis sedang berada dalam kekangan pengawal bertombak di situ.
"Lepaskan dia.."arahnya selepas itu.
Dalam keadaan menangisnya Pearl bungkam. Dia dengan kalut pandang ke Alfareeze sebaik mendengar suara itu. "Lord Alfareeze!" panggilnya semasa berlari ke arah lelaki itu.
Tidak bergerak atau menghalang, Alfareeze tunggu sehingga la Pearl berdiri di depannya dan mencengkam kuat kain bajunya.
"Apa kamu buat di sini Pearl?"tanya Alfareeze mendatar.
"Lakukan sesuatu untuk saya tuan...saya mohon.."sedu Pearl dengan air mata berlinangan di wajah. "Saya tak tahu apa yang saya perlu lakukan..saya cuba cari Darra...tapi tak jumpa dimana-mana...saya merayu...tolong temukan dia kepada saya"
Tolan disebelah Alfareeze pandang tepi wajah tuannya sebelum ke wajah sedih cik muda di depannya. Siapakah Darra ini?Kenapa tidak tuannya tidak cik muda ini begitu terdesak mahu mencari?
"Temukan saya dengan Darra...beritahu pada dia..saya tidak bencikan dia. Saya hanya mahu kawan baik saya kembali kepada saya...itu saja...Lord Alfareeze tolong saya.."minta Pearl saat air mata turun dari tepi mata jatuh ke tanah. "Temukan saya bersama Darra semula...itu saja permintaan saya."
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...