Ricardo meletakkan gulungan skrol yang terisi dengan esei tugasan rakan sekelasnya di atas meja master sebelum lelaki itu gerak keluar dari pejabat sendirian. Masih bertopeng mulut, orang yang lalu lintas akannya seperti biasa tidak menghiraukan kehadiran Ricardo. Pandang tidak, tegur pun tidak walaupun Ricardo merupakan Ketua Majlis Pelajar di akademi tersebut.Hal ini kerana semua orang sudah faham dengan sikap pendiam dan misteri Ricardo. Jadi dari mereka bazirkan masa bercakap dengan seseorang yang memang tidak berminat hendak bercakap banyak, baiknya mereka buat tidak hiraukan saja.
Setibanya Ricardo ditangga berpusar, dia hendak turun ke bawah sekali bila dia baru sampai ke pertengahan anak tangga, boleh pulanya dia bertembung dengan orang terakhir yang dia mahu temui!
Tidak sengaja menghadang laluan masing-masing, Ricardo berdiri kaku di situ menghadap Darra.
Mereka berdua saling bertentang mata tanpa mengatakan apa-apa.
Oleh kerana tiada siapa yang mahu berganjak terlebih dahulu, Ricardo yang bergerak ke tepi, dia tunduk memandang ke bawah sewaktu mahu jalan melepasi Darra. Namun belum sampai dua anak tangga yang dituruni, satu tangan muncul depan muka. Buatkan Ricardo berhenti dari melangkah.
"Berapa lama kau nak larikan diri hah?"Darra palingkan kepalanya ke tepi. Memandang Ricardo.
Masih membisu Ricardo berdiri kaku memandang ke depan tidak menoleh. Dia bukan melarikan. Dia cuma tak nak buatkan Darra rasa serba salah.
"Tiada apa-apa yang perlu kita bincangkan."
"Tiada?Kau pasti?Tiada langsung!?"Darra gerak di hadapan Ricardo. Berdiri dua anak tangan ke bawah di depannya. Lantas dia dongak memandang wajah yang tersembunyi di balik topeng mulut itu. "Lepas kau buatkan aku macam manusia paling bodoh dekat sini, kau larikan diri?Lepas apa yang terjadi pada aku?Macam tu je?Tak ada rasa serba salah langsung ke?"
Rahang Ricardo berketik. Mata itu menatap tepat ke mata bundar Darra. Membuatkan dia semakin yakin yang dia tidak silap kenal. Tatapan sama yang dia lihat sekiranya menatap ibunya. "Saya tak tahu apa yang awak mahu saya katakan lagi memandangkan awak sudahpun tahu segalanya mengenai saya?"
"Sekurang-kurangnya kau jelaskan pada aku dari awal. Susah sangat ke?Dari awal lagi kau boleh beritahu aku siapa kau sebenarnya. Tapi tak...kau rahsiakannya sebab kau kawan baik kepada Putera Eilian yang waktu tu cuba nak susahkan hidup aku dekat akademi ni...seronok ya tengok aku struggle?"
Dalam diam Ricardo mengepal penumbuk selepas dengar kata-kata Darra.
"Saya hanya lakukan seperti mana Duke Elijah arahkan. Awasi dan menjaga rahsia awak dari terdedah. Itu saja."jawab Ricardo dengan mendatar. Bukan salah dia semua ini terjadi. Dia dah cuba yang terbaik untuk Darra. Tapi Balik-balik dirinya yang disalahkan. Nak dia jelaskan apa lagi.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...