Burung camar bertenggek di atas palang kayu dimana layar kapal lebar terbuka untuk ditiup angin supaya kapal setinggi tiga tingkat seluas gelangang tenis meluncur atas laut lebih laju. Sudah masuk hari kedua pelayaran Kapal Beumont. Kapal yang membawa Duke Elijah dan seisi rumahnya untuk merentasi dua buah negeri dimana mereka bakal berpindah nanti.Di atas kapal kelihatan awak-awak sibuk melakukan kerja masing-masing. Sama ada menjaga tali layar, mengemudi kapal, berdiri memeriksa sekitar kawasan pelayaran dengan teropong, mengemop dek yang kotor dibuat burung camar yang meninja di sekitar. Di atas pangkin kayu menghadap pemandangan laut, duduk bersilanya Darra dengan papan lukisan atas peha. Tunduk tekun melakar sesuatu menggunakan pensel arangnya sendirian.
Acap kali dia menyelak anak rambutnya ke belakang telinga setiap kali angin bertiup.
"Cik muda nak potong rambut ke?Sepertinya rambut cik sudahpun semakin panjang."tegur Anthony sewaktu muncul bersama dulang berisi makanan.
Tersentak kepala Darra. Dia dongak berkerut kening memandang ke kiri. Silau cahaya petang itu buatkan penglihatannya terganggu. "Kenapa?Kamu nak potongkan rambut saya?"
Hujung bibir Anthony terjungkit. "Saya lebih prefer cik muda berambut panjang"selorohnya saat tunduk meletakkan dulang berisi minum petang di tepi kaki yang dilunjurkan Darra. "Jemput minum. Duke Elijah mengarahkan saya untuk hantar minuman petang ini kepada cik muda memandangkan tengah hari tadi cik muda tidak menjamah apa-apa.."
Darra tunduk memandang dulang di sampingnya. Ada sepinggan kek berisi dengan kek brownies dan buah kering pelbagai warna. "Kenapa tiada gula-gula?"pandangnya ke Anthony semula.
"Cik muda dah makan separuh dari balang yang cik muda bawa tu. Duke Elijah tegah saya dari memberikannya kepada cik muda. Jika muda mahu, saya boleh berikannya tapi dengan syarat cik muda kena isi perut dengan makanan yang betul.."
Darra mengerutkan hidung tanda tidak suka dengan cadangan itu .Dia tiada selera. Fikirannya masih ada di Cameron. Jadi seleranya mati. "Tinggalkan saja di situ. Saya akan makan kemudian."beritahunya sebelum kembali menyambung lukisannya.
Selama pelayaran tiga hari dua malam mereka itu, Darra sering menyendiri dan tidak bercakap banyak. Gadis itu kerap duduk di dek atau tidur sehingga berpanjangan. Anthony mula merisaukan keadaan Darra.
"Cik muda teringatkan Cameron ke?"tepi wajah Darra di tenung serba salah.
Darra membalasnya dengan dengusan kecil. Mestilah. Dia rindukan Pearl...dia rindukan rumah lama mereka...dan terutama sekali lelaki bernama Alfareeze!Belum apa-apa lagi dia sudah merindu. Nanti macam mana kalau dah menetap terus di Negeri Marlowe. Susahnya nanti!
"Sekiranya cik muda rindu, nanti setelah tiba di Marlowe cik muda boleh tulis surat untuk mereka di sana."ujar Anthony cuba hendak memujuk cik muda kesayangannya.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...