Dengan renungan kosongnya, Elijah berjalan masuk ke dalam rumah agam sambil mendukung Darra dalam pelukan. Setiap langkah yang di atur dititi dengan berat dan sebak, namun air mata tidak dapat mengalir lagi. Sekalipun dia dalam keadaan sedih dan patah hati yang amat sangat."Ayah..."sebut Darra berusia dua tahun dalam pelukan ketika itu.
"Ya sayang..."sambut Duke Elijah apabila seorang maid muncul di depan mereka dan menyambut kedatangannya.
Tidak mengatakan apa-apa lagi, Darra kemudiannya tunduk bermain dengan anak patung dalam tangannya.
"Selamat datang tuan, Duke Brett berada di dalam sedia menunggu tuan.." maklum maid tersebut.
"Terima kasih.."ucap Elijah sebelum bergerak masuk ke ruangan di tingkat satu yang ditunjuk oleh maid tadi. Dan berdiri saja dia di situ, matanya terus terarah pada rakan seakademi yang sedang tunduk bermain dengan anak lelaki di atas pangkuannya waktu itu. Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu terkekek-kekek ketawa. "Brett..."
Bersama sisa senyuman di bibir, Duke Brett mengangkat kepala. Memandang terkejut ke Elijah sesaat selepas bertentang mata dengannya. "Elijah..."
"Maaf datang kerana tidak beritahu.."ucap Elijah sambil mengusap belakang kepala Darra.
"Apa yang buatkan kau ke sini?Kenapa tak beritahu awal, kalau tidak aku hantar orang untuk jemput kau..."Duke Brett berkata sambil memberi isyarat kepada nanny Ricardo supaya mengambil anak lelakinya untuk dikeluarkan dari situ.
Elijah perlahan-lahan tunduk meletakkan Darra yang sudah pandai berjalan ke lantai sebelum berdiri memandang Duke Brett. "ada sesuatu yang aku perlu minta dari kau..."
"Sudah tentu.."Duke Brett mengangguk kepala sambil mematai anak kecil yang berjalan di depan mereka waktu itu. "Memangnya ada sesuatu dah berlaku ke?Kenapa kau bawa anak kau ke sini?Di mana isteri kau??"
"Aku dah berpisah dengan isteri aku...dia tidak tahan lagi untuk meneruskan rumah tangga bersama dengan lelaki miskin seperti aku ni...tadi aku baru saja pulang dari mahkamah untuk selesaikan penceraian kami..."jelas Elijah memandang akan Darra sedang bercangkung di depan permaidani saat anaknya itu menguntil benang permaidani kerana ingin tahu.
Tergamam kerana mendengarnya, Duke Brett terus mendekati Elijah. "Apa kau cakap?Tapi-"
"Tak apa. Aku tak apa-apa. Kau jangan risau mengenainya. Aku dah bersedia..." renungan kosong Elijah terarah pada tatapan serba salah Duke Brett.
"Memangnya apa yang kau nak aku lakukan tadi?"
Untuk seketika, Elijah diam termenung seakan memikirkan sesuatu sebelum senyum sedih ke Duke Brett.
YOU ARE READING
49. Kiss Me Liar
Fantasy*RESTRICTED FOR AGE 18+ AND ABOVE* Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban aya...