Episode 35 : Demi Kasih Semua Buat

1.3K 127 5
                                    

Seminggu berlalu sejak kejadian yang menimpa Darra telah mula surut di dalam akademi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seminggu berlalu sejak kejadian yang menimpa Darra telah mula surut di dalam akademi. Namun berita mengenai kes gantung belajar dari akademi telah sampai di telinga raja dan beberapa orang hingga menjadi isu dalam sidang istana. Untuk adilkan kes tersebut, mereka yang mahu melihat Duke Elijah dalam masalah mencadangkan lelaki itu untuk keluar ke Wilayah Selatan Utara bagi menyelesaikan isu ancaman pencerobohan musuh sebagai hukuman Duke Elijah membuat keganasan di hadapan orang kenamaan.

Mahu tidak mahu Raja Alan terpaksa menurunkan titahnya dengan menugaskan Duke Elijah ke wilayah tersebut untuk pemerhatian dan soal rundingan dengan musuh terlibat. Sepatutnya Lord Alfareeze yang menguruskan hal tersebut, tetapi kejadian Duke Elijah memukul anaknya dihadapan Grand Duke Noah dari Negeri Amora menimbulkan khabar angin tidak enak buat mereka, telah membuatkan arahan pada Lord Alfareeze ditarik semula dan lelaki itu di suruh pulang serta merta.

Dan dari situ juga Pearl tahu apa yang menimpa Darra selang dua hari selepasnya. Itupun semasa bertemu dengan Putera Eilian di akademi sewaktu kelas tari menari mereka. Putera Eilian yang menjelaskan kepada Pearl dari awal hingga kejadian bermula dan berakhir.

Menangis tu jangan ceritalah.

Selesai aje Putera Eilian ceritakan apa yang berlaku pada Darra, meraung dekat situ juga Pearl kerana cemas. Gadis itu sampai goncang badan Putera Eilian kerana terdesak mahu menemui Darra. Namun disebabkan pada masa itu Duke Elijah ada di rumah, tiada siapa dibenarkan melawat Darra.

Hanya selepas Duke Elijah bertolak ke Wilayah Selatan Utara barulah Pearl dapat melawat. Itu yang kena tunggu beberapa hari lamanya untuk ke Kediaman Kirk.

"HUWAAA!!!!"raung Pearl sambil memeluk Darra yang sedang duduk di sofa menghadap Putera Eilian.

Ya. Dua orang ini datang bersama.

Dan Darra benar-benar bingung apabila melihat dua orang ini datang bersama untuk melawatnya. Serius. Dia fikirkan semasa lihat tu mata dia ada masalah memandangkan kepalanya dipukul kuat...rupa-rupanya bukan mimpi.

"Maafkan aku Darrius...baru sekarang aku nak datang lawat kau.."Pearl jarakkan diri. Dia tekap kedua belah pipi Darra lalu dibelek dari atas ke bawah. "Kau sakit lagi?Nak aku panggil doktor diraja untuk lihat kecederaan kau?Kau tak boleh ada parutmuka berharga kau ni perlu dijaga dengan baik..."

Berkedip-kedip mata Darra apabila tangan Pearl membelek mukanya seperti membelek pakaian. Sekejap di dongak sekejap dipaling kanan dan kiri sekejap di selak rambutnya ke atas. Naik rimas Darra waktu itu.

Sementara Putera Eilian di sofa berhadapan dua orang itu perhatikan dengan minat.

"Hidup aje budak tu...yang kamu nak terlebih reaksi ni kenapa Pearl?"tegur Putera Eilian tidak lama selepas dia mendiamkan diri sejak tiba ke situ.

Kepala Pearl pantas menoleh ke Putera Eilian. "Tengok keadaan Darrius ini...adakah ianya kelihatan normal untuk seorang ga-tuan muda?"hampir dia terlepas cakap. "Cengkung... berlebam...bertampal...mesti la saya risau..."

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now