Episode 88 : Cik Muda Darra!

1.2K 150 13
                                    

Bunyi cengkerik memenuhi kawasan hutan bersungai jernih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bunyi cengkerik memenuhi kawasan hutan bersungai jernih. Tumbuh-tumbuhan pula segar berbunga di sekitarnya. Muncul seekor pepatung bersayap emas terbang terapung di atas rumput di dalam air sungai sebelum sepasang kaki muncul dan memijak batu tunggul yang merentasi sepanjang sungai cetek.

Splash!

High boot kulit berhenti di lopak air sungai yang cetek itu sebelum satu tangan muncul lalu mencelup ke dalam air yang dalam dibahagian tepi tempat yang surut tadi.

          "Dapat pun!"seekor ikan kod berada dalam genggaman. Meronta-ronta memercikkan air.

Bersama senyuman lebar di bibir Darra tersenyum!Siapa cakap dia tak pandai tangkap ikan guna tangan!~

Pfft!

Ikan itu dicampak ke dalam bakul rotan yang diikat pada pinggang. Setelah itu dia kembali berjalan lebih ke depan untuk mencari sasaran baru.

Rasanya hari dah masuk petang sejak dia keluar sendiria di dalam hutan ni. Semuanya gara-gara nak mencari ikan kod kegemaran ayah dia. Katanya tak nak beli yang dekat pekan, nak makan yang fresh dari sungai. Itu yang dia rajinkan diri ke sini.

Tiba-tiba muncul satu kelibat berenang laju melewati kakinya.

terkejut kerana itu, Darra lekas tunduk memandang air jernih di bawah kaki. Sekali tu Nampak seekor ikan sedang berenang mencelah tepi bantuan.

Tersengih jahat dia dibuatnya.

           "Heheh!"dia tunduk hendak menangkap ikan, sekali tu jatuh melutut dalam air sebab terlepas.

SPLASH!

Basah muka dan sebahagian dari badannya.

Ugh!!

Terkial-kial la Darra bangunkan dirinya. Bolehnya pulak dia terjatuh!Aduh...habis basah pakaian dia. Sekali bila saja dia berdiri tegak, di tepi sungai tu berdirinya dua orang lelaki beruniform royal blue dan berbutang emas bersama kuda mereka sedang memandang ke arahnya.

             "Kenapa?"soal Darra bingung-bingung walaupun dia sedia maklum siapa mereka itu. Air menitis-nitis jatuh dari pakaian dan rambutnya.

Jelas terpancar muka berserah di dua orang pengawal tersebut saat bersemuka mereka dengan cik muda mereka yang seorang ini. Masakan tidak, ini bukan kali pertama mereka perlu luangkan masa untuk mencari dan menggeledah seisi kawasan semata mahu mencari Darra. Kalau tidak dicari asyik ditanya aje...bila di cari tak jumpa-jumpa!

             "Apa cik muda buat sendirian dalam hutan ni?"

              Darra tunduk memandang bakul ditepi pinggangnya. "Cari ikan.."tunjuknya sambil menepuk bakul itu.

              "Duke Elijah minta cik muda untuk masuk ke istana."

Kenapa ke istana?Kenapa tak ke rumah terus?Fikir Darra sewaktu dia bergelut hendak keluar dari air. Bukan apa, banyak batu licin dekat situ, kalau salah pijak mahunya tersembam dekat situ.

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now