*・~・*
MARDIYA meregangkan badannya sebaik sahaja melangkah keluar dari dalam kereta. Badannya terasa sakit sebab duduk dalam waktu yang lama. Tapi badan dia tak la sepenat mana pun sebab yang drive ke sini bukan dia tapi bodyguard Fauziah. Aunty Raisa selalu siap siaga apa pun itu untuk sahabat baiknya itu begitujuga Ariana yang terlalu menjaga Fauziah sampai semua keperluan Fauziah gadis itu yang penuhi.
Contohnya sebelum berangkat ke sini. Pagi tadi Fauziah mengadu sakit perut di mana bahagian bawah perut gadis itu terasa kram. Ariana tanpa disuruh mengambil ubat minyak angin untuk disapu ke perut sahabat baiknya itu siap nak panggil doktor lagi namun Fauziah cegah
Untung lah ada yang menjaga gadis itu dengan baik
Mulanya dia sangat hairan akan kedatangan dua makhluk Allah SWT itu yang tak diundang datang ke rumah sewa dia dan Fauziah. Pastilah orang pertama dia tanya adalah Fauziah untuk mendapatkan jawapan atas kekeliruannya. Kata sahabat baiknya, kedua orang itu adalah saudara maranya
Memang tak la dia nak percaya, dengan baju serba hitam yang dipakai oleh Aunty Raisa dan Ariana. Ada ke saudara mara datang dengan telinga sebelah kiri disumbat dengan earphone kecil dimana ianya hanya digunakan oleh para bodyguard untuk berkomunikasi
Kalau bukan sebab kejujuran Ariana mungkin sampai sekarang dia takkan tahu keduanya dihantar oleh lelaki hebat Amethyst
Nak harapkan Fauziah kemungkinan besar sahabat baiknya itu akan memutar balikkan fakta
Cuma tu la Mardiya mahu tahu apa hubungan Fauziah dan Muhammad Yusuf Al-Fateh sehingga lelaki itu harus mengambil berat akan apa yang dilakukan Fauziah
Dia tahu Ariana selalu melapor pada lelaki itu sebelum tidur. Video yang gadis itu rekod pun selalu dihantar untuk melengkapkan laporan.
Belum lagi dua black card atas nama lelaki itu dan nama Fauziah tertera di atas black card satunya, ianya diberikan begitu saja pada Fauziah.
Woooyooo .... Lelaki itu siap buat akaun bank khas untuk sahabatnya, black card pula tu. Bukan calang-calang card
Beruntung sungguh!
Bila dia tanya Fauziah, gadis itu asyik menghindar dan suka ubah topik.
Ada satu masa dia desak tapi jawapan gadis itu sungguh mengecewakan
" We're just ex- classmates .... "
Haih la ... Fauziah ingat dia budak kecik ke yang mudah diperdaya. Ex- classmates konon ... Kalau hanya sekadar ex- classmates lelaki bernama Yusuf itu takkan semudah mengeluarkan dua black card khas buat Fauziah, Yusuf tidak akan memerintah Aunty Raisa dan Ariana mengawal dan menjaga Fauziah 24 jam walau ia pelik juga untuk apa Fauziah harus dikawal bak puteri raja?
Dan kalau hanya sebatas ex- classmates kenapa Fauziah down bila membaca headline tentang Yusuf hendak berkahwin dengan sang tunang? Fauziah macam patah hati. Ingat dia tak tahu ke minah sorang tu asyik menangis tengah malam.
Sebab tu la misi dia sekarang adalah menyelidiki apa hubungan Fauziah dan Yusuf
Nak tanya Aunty Raisa, memang confirm la wanita sorang tu takkan jawab
Mardiya pilih menanyai Ariana nanti bila dia ada masa berduaan dengan gadis itu, manatahu gadis itu terlepas kata ke bila dia cucuk gadis itu dengan beberapa soalan
" Perut kamu dah okay ke, lady boss? " Soal Aunty Raisa, beg plastik yang ingin dibawa oleh Fauziah ia ambil setelah menutup bonet kereta
Fauziah mengangguk pelan
" Okay dah, rasanya menstruation nak datang kut tu yang sakit dan kram. Jangan risau la biasa je ni "
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...