BAB 54

57 1 7
                                    

                                   Ƹ̵̡⁠Ӝ̵̨̄⁠Ʒ

 ⁠❛Love is not all about the spark. It's all about the commitment to love the person everyday even if it's boring and sad. Fight!. Not only in the best situations,but especially in the worst. Love is all about accepting the imperfections and flaws of that person you love ❛❛

 ͒⁠ ⁠۝ ͒⁠ 

 
              ARYANI   menatap wajah kacak lelaki yang bergelar tunangnya itu dengan perasaan kecewa. Wajah kacak ini suatu ketika dahulu hingga sekarang adalah kegemarannya. Dahulu dia bebas memegang dan menyentuh pipi tirus itu namun sekarang untuk menyentuh secuit pun dia tidak diizinkan jauh sekali untuk mendekati lelaki itu. Seakan dia membawa germs or badan dia berbadan bau sampaikan lelaki itu akan muntah

Dia tahu lelaki itu tidak bermaksud untuk bertindak begitu dia pun tidak menyalahkan Yusuf kerana dia sebagai doktor gagal mengesan sejenis sakit apa yang menimpa lelaki itu

Rasa hati terkilan, tiada lagi pandangan penuh redup dan kasih padanya. Hati dia tambah hancur bila lelaki ini mengajak dia breakfast berdua di airport Phoenix selepas sahaja mereka mendarat di tanah air mereka. Sangkanya lelaki itu ingin berduaan dengannya dan mahu meminta maaf padanya kerana menduakan dia tapi dia silap

Yusuf malah mempertemukan dia dengan Doktor Harith. Nak tak nak dia kena juga duduk satu meja dengan lelaki yang tak ingin ia jumpa. Kalaulah dia tidak berjumpa dengan doktor muda itu hidup dia takkan jadi begini

Dia rasa muak melihat muka lelaki itu

Aryani pun tidak tahu bagaimana Yusuf mengetahui rahsia terbesarnya padahal sedaya upaya ia sorok daripada pengetahuan semua.

Dia memang tak patut memandang rendah akan kecerdasan Yusuf dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang lelaki itu akan kira sebagai problems. Tup tup lelaki itu mahu dia berkahwin dengan Harith untuk pertanggungjawaban

Lelaki itu sungguh gesit mengatur segalanya. Dia lupa satu hal Yusuf jenis yang takkan duduk diam jikalau ada orang lain mengusik ketenangan lelaki itu.

Sebak di hati kerana lelaki yang selama ia cintai dan damba menyuruh dia hidup bersama dengan lelaki lain. Apakah tiada secalit pun rasa cinta yang tinggal untuknya? Apakah lelaki itu tidak merasa cemburu?

Mudah benar lelaki itu berkata seakan menyuruh orang lain menikah. Tidakkah lelaki itu sedar status hubungan mereka adalah tunang ... bukan kawan

" Apa yang 'dia' dah buat kat awak Yusuf sampai awak tak lagi menghiraukan saya semenjak awak ikut reunion tu? Mudah benar rasa cinta awak untuk saya hilang macam tu je. Memang impressive...." Soal Aryani diakhiri dengan sindiran di hujung ayat untuk menempelak lelaki itu. Tawa sinis terdengar dari empunya

Harith hanya diam. Dia tidak mahu mencampur urusan couple famous kat seluruh dunia ini. Biarlah mereka menyelesaikan masalah mereka dahulu sebelum dia mempersunting ibu kepada anaknya ini menjadi isterinya

Baru dia tahu, gadis yang ia cari selama ini rupanya sangat dekat satu negara pula tu. Buat penat aje dia kembali semula ke Agate Country untuk menjejaki gadis ini.

What a small world...

Namun rupanya gadis itu adalah tunang Yusuf. Harith terkedu. Ini hal sulit. Hati gadis itu masih mencintai lelaki yang diakui oleh seluruh dunia. Harith takkan boleh memaksa gadis itu menerima dia sepenuhnya. Cukuplah dia bertanggungjawab untuk anak mereka

Cawan yang berisi hot chocolate, Yusuf minum perlahan dengan tenang. Tekak ini terasa ingin meminum minuman ini pula padahal rasa chocolate di lidahnya tak sesuai seleranya. Dia rindukan nak minum dark coffee tapi tekaknya tak bagi kerjasama

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

It is love.....?Where stories live. Discover now