"SO, Naura sengaja tak angkat call jantan nilah?" soal Firhan dengan tawa sinis. Duduk yang dilabuhkan selesa di ruang tamu rumahnya dibetulkan sedikit.
"Yang tu saya tak sure, boss. Mungkin, telefon dia rosak atau apa, we don't really know," balas Jack. Setia dia berdiri di tepi almari kaca sambil melihat Firhan tidak lepas.
"Talk about a nice timing, right?" Firhan semakin galak menghamburkan tawa. Jack pula cuma diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.
"Parcel tu... kau dah hantar?" soal Firhan pula.
"Dah. Dan Naura dah buka," balas Jack. Dia tahu kerana dialah yang menggodam segala perkara berkaitan laptop yang dihantar itu. Jadi, pergerakan Naura dapat diketahui.
"Kasihanlah pula, mesti dia terkejut. Tapi, apalah aku boleh buat kan? Sombong sangat perempuan tu," Firhan berdecit halus.
"Ya boss," Jack mengangguk. Sekilas, Qadif yang diikat di tengah tiang rumah mewah ini, ditengok. Kemudian, dipakukan fokus ke Firhan yang mula berdiri itu pula.
"Shit. Lama pula jantan sial ni pengsan. Ke dah mampus?" kerut Firhan. Baldi sederhana besar huluran Jack, diterima baik. Bibir terkuntum senyuman sinis.
"Taknak bangun ke bodoh?" soal Firhan. Disimbah kasar baldi di tangan ke muka Qadif.
Qadif tercungap-cungap, mencari nafas yang hilang. Buka sahaja mata, kornea mata dipenuhi dengan senyuman sinis dari Firhan. Cuba menggerakkan badannya, akan tetapi hampa. Dia diikat.
"Take your time. Ambil nafas dulu. Kasihan dia, tak boleh bernafas eh tadi?" gelak Firhan. Pipi milik Qadif ditampar lembut, beberapa kali.
"Kau..." Qadif berkerut. Tengkuknya terasa begitu perit sehinggakan ingin meneruskan kata pun, dia tidak mampu.
"Ya, ni aku. Amier Firhan bin Shamsuddin, bekas kekasih isteri kau," kata Firhan.
"Permainan sial apa yang kau cuba ajak aku main ni Firhan?" tanya Qadif. Kepalanya yang berpaling ke kiri itu, diangkat. Dibalas tenungan Firhan dengan mata helangnya.
"Kau pandai main catur? Kita berdua buah, Naura pula queen. Kita lawan. Tengok siapa yang boleh dapatkan queen tu. What says you? Kau on?"
PTUIH!
Firhan automatik memejam mata tatkala saliva milik Qadif terkena tepat pada mukanya. Sesaat selepas itu, tawa besarnya dihamburkan keluar. Berundur juga dua langkah, menjauhi Qadif.
"Geli bodoh!" jerit Firhan. Tajam mata itu mencerlung Qadif sebelum tangan naik mengesat muka.
"Orang bodoh je yang akan setuju."
"Jadi?"
"Aku tak bodoh," perlahan nadanya. Namun, tetap membuatkan Firhan menggelegak panas. Kepala diangguk laju dengan bawah bibir yang digigit.
"Ramai betul sayang kau. Baru 30 minit berlalu, dah lebih 100 missed calls kau dapat dari orang yang berbeza. Untunglah ramai yang sayang," ujar Firhan, tiba-tiba. IPhone Qadif diangkat ke udara.
"Kau nak apa ni sial?" soal Qadif.
"Tapi kenapa nombor isteri kau tak ada pun? Satu missed call pun tak ada. Aik, betul ke korang ni pasangan bahagia?" soal Firhan pula. Mendengarkan itu, Qadif berubah riak.
"Kau buat apa dekat isteri aku Firhan?!"
"Aku tak ada buat apa-apalah," geleng Firhan seraya mengangkat kedua-dua belah tangannya separa dada. Muka takut juga dipamerkan. Sengaja mencurahkan minyak ke api.
YOU ARE READING
Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...