𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠 | psycho obsession

54.2K 1.7K 455
                                    

[ 𝐄𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐘𝐒𝐎𝐍 ]

ETHAN tersenyum sendiri. Ethan merenung gambar Medina dengan penuh dengan nafsu. Ya. Dia mengaku, dia sudah jatuh cinta dengan gadis ni. Sejak bila? Sejak kali pertama dia jumpa dengan Medina lagi. Bukan setakat suka, malah Ethan obses dengan Medina. Semua jenis gambar media dia ada. Gambar Medina tak pakai tudung pun dia ada.

Ethan suka dengan penampilan Medina. Dan itu membuatkan Ethan tergila-gilakan Medina. Yang paling Ethan suka. Senyuman gadis itu. Ethan suka senyuman dia. Ethan pejam mata. Kalau lah dia dapat menikmati tubuh Medina. Mesti dia akan rasa bahagia.

Ethan merenung gambar Medina satu per satu di setiap sudut bilik itu.

"Jangan bunuh aku!" Ethan tersentak mendengar jeritan dari luar bilik tersebut. Ethan mengukir senyuman sinis. Ethan bangun kemudian dia keluar dari bilik itu.

"Apa kau cakap?" Ethan ambil Pisau yang ada diatas meja kemudian dia asah pisau itu sehingga tajam. Senang sikit kerja dia nak siat kulit jantan bodoh ni. Boleh lah dia siapkan langsir untuk bilik bawah tanah nanti.

"A...aku janji aku tak kan kacau medina lagi" Aiman merayu. Kalau lah tangan dan kakinya tidak kena ikat. Sudah lama dia melutut dihadapan Ethan.

Ethan ketawa. Sangat kelakar!

Aiman menelan air liurnya dengan perit. Sakit tekak nya kerana menjerit tadi. Puas Ethan seksa dia tanpa belas kasihan. Setiap kuku di jari jemari Aiman dicabut dengan menggunakan playar.

"Kau Ingat, kalau aku lepaskan kau. Kau boleh hilangkan rasa sakit hati aku ni ke?" Soal Ethan dengan penuh rasa marah yang membuak-buak. Dia sangat marah! Dia paling tak suka kalau lelaki lain melihat Medina. Tak boleh! Medina milik dia. Takde siapa-siapa pun yang boleh ambil Medina dari dia.

Aiman geleng kepala. Habis air mata jantan dia keluar kerana perbuatan kejam dari lelaki itu. Sikit pun Ethan tiada rasa kasihan. Malah Ethan ketawa kan dia. Bagi Ethan jeritan itu hanyalah sebuah lagu yang paling lunak yang pernah dia dengar.

Ethan melangkah dekat . Aiman mula takut.

"to.. tolong jangan bunuh aku. Tolonglah" Aiman merayu lagi. Dia tak nak mati. Kalau lah dia tahu benda ni akan jadi. Dia tak kan kacau Medina di Instagram. Dia sesekali tak kan meminta gambar yang tidak sepatutnya dekat Medina.

"No...aku tak kan lepaskan kau. Please lah. Aku nak main sikit je dengan kau...Can I?" Ethan cucuk sedikit hujung pisau di pipi Aiman. Lelaki itu meraung menahan sakit.

"Erghh!" Ethan menekan lagi pisau itu sehingga tembus ke dalam mulut Aiman.

Mulut Aiman ternganga dan matanya meluas. Ethan menarik semula pisau itu keluar. Pipi Aiman sudah mula keluar darah yang banyak membuatkan Aiman terasa pening akibat kekurangan darah. Ethan senyum puas. Dia suka melihat darah itu keluar.

"Hei, jangan mati dulu. Aku belum puas lagi ni" Ethan letak semula pisau itu diatas meja. Dia capai pula kapak.

"Kau rasa kalau aku guna ni sesuai tak?" Tanya Ethan selamba. Kapak itu dihayun kan ke kiri dan kanan. Sengaja nak test mana tahu tepat kena leher. Kalau kapak ni tumpul. Lagi dia suka!

Aiman mula menangis. Dia dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Pipinya sakit. Dia tahu, hidup dia dah tak lama.

"Kenapa menangis? Hm? Tak gentle lah kau ni" Sejurus itu ikatan tangan Aiman dibuka sebelum dia letak tangan itu diatas meja.

Zap! Dengan sekali hayun. Tangan Aiman terputus dua. Aiman menjerit. Meronta-ronta Aiman diatas kerusi itu. Setitik demi setitik darahnya jatuh ke atas lantai.

Ethan tersenyum. Darah yang berada ditangannya dijilat.

Tangan Aiman yang putus itu dicampak ke dalam tong sampah. Bau hanyir yang memenuhi ruang bilik itu disedut. Bau dara itu membuatkan dia terasa tenang.

Entah kenapa selera makannya bertukar. Dia tak nak makan daging lembu. Tapi dia lebih suka makan daging manusia. Kerana daging manusia lagi sedap berbanding dengan daging haiwan.

Ethan melihat Aiman yang sudah lemah. Bibirnya terjungkit sedikit.

Pisau yang dia asah tadi diambil semula. Leher Aiman dipegang. Aiman hanya pejam mata. Ethan angkat pisau itu tinggi-tinggi sebelum dia menikam leher Aiman banyak kali sehingga terputus dari tubuh. Badan Aiman terjatuh ke atas lantai.

Ethan menggenggam erat rambut Aiman dan dia letak kepala itu diatas meja. Badan Aiman tadi Ethan masukkan ke dalam plastik hitam. Nak bagi muat. Ethan kerat 10 supaya senang dia nak masukkan ke dalam bag plastik. Kepala Aiman tadi dia hanya biarkan diatas meja.

Senang dia nak koleksi. Bukan... Kepala Aiman tu dia nak potong separuh untuk dijadikan sebagai mangkuk sup.
Dan kulit Aiman pula, dia nak jadikan sebagai langsir. Sikit lagi tu nak siap.

___

Selesai sahaja buat kerja tadi. Ethan bersihkan dirinya. Habis bajunya kotor. Haih nasib baik lah dia ada bawak baju lebih tadi.

Sebelum Ethan keluar dari tempat itu. Ethan tatap mayat Aiman yang sudah digantung secara terbalik. Bukan apa kalau dia tak gantung macam tu. Nanti susah dia nak hiris sikit-sikit.

Ethan menutup pintu kayu itu dan dia kunci dan terus keluar.

Dia jadi semakin teruk sejak ibunya pergi akibat sakit. Pemergian ibunya tersebut telah memberikan kesan emosi yang sangat mendalam terhadap Ethan. Dan sekarang dia hanya tinggal berseorangan dan dia mula menjadi seorang hoarder iaitu sejenis tabiat suka menyimpan barang di seluruh ruang rumah.

Hanya ada satu tempat bersih di rumah Ethan iaitu bilik ibunya yang langsung tidak terusik. Dan bilik itu juga. Ethan menyimpan semua memori terindah dia bersama dengan ibunya.

Dan satu lagi tabiat Ethan kian terserlah adalah minatnya dalam melakukan bacaan buku yang berunsurkan anatomi dan kanibal.

Dan semua itu punca dia jadi macam ni. Lagi-lagi bila orang cuba mendekati kekasih hatinya. Jika benda itu berlaku lagi. Dia tak teragak-agak buat benda yang sama kepada orang itu. Apa yang dia cakap, dia akan buat. Dia bukan lah seorang yang mungkir janji.

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭..

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now