"Akak, abang Arthur macam mana sekarang?" Tanya Medina. Sekarang dia berada di rumah Melissa. Zade kata dia rindu dengan abang Zayn, sebab tu dia datang ke sini.
Melissa senyum nipis. "Alhamdulillah, abang Arthur okay je. Dia kirim salam dekat Medina. Arthur kata dia rindu dengan budak kecik tu." Melissa ketawa kecil. Sekejap sahaja sebelum wajah Melissa bertukar sayu. Medina melihat itu turut rasa sedih juga. Sudah lima tahun abang iparnya berada di penjara. Tetapi Melissa tidak berputus asa cari jalan untuk dapatkan keadilan suaminya.
"Kakak, Medina tahu abang Arthur tak salah. Dia terpaksa buat semua tu se..."
"Tak apalah, benda dah jadi. Lagipun memang patut dia duduk dalam tu. Kakak tak dapat terima lagi masa dia curang dulu. Kurang asam betul" Melissa genggam penumbuknya. Geram masih lagi terbuku didada. Kalau nak ikutkan, nak aje dia ajar Arthur tu habis-habisan. Tapi, lebih bagus kalau betina Athirah tu ada sekali. Biar dia ikat dua-dua dekat pokok kelapa.
Medina rapatkan bibir, tahan tawanya dari meletus. Sempat pula Melissa ni buat lawak. Ingatkan dah move on. Rupanya belum lagi. Tapi Medina tahu, sebenarnya Melissa cakap macam tu sebab nak tutup kesedihannya. Dia tak nak tunjuk yang dia sedih. Siapa je yang tak sedih bila si suami duduk dalam penjara?
"Mama, tengok abang Zayn! Dia makan aiskrim kite" Izara mengesat air matanya. Menangis sebab si abang makan aiskrim dia.
Melissa mengeluh. "Haih apa lagi ni? Abang! Kenapa makan aiskrim adik?" Melissa buat-buat marah. Kalau dia biarkan makin teruk budak Izara ni menangis nanti.
Medina ketawa kecil. Dah besar budak dua orang ni. Abangnya dah 10 tahun. Adiknya pula sudah 4 tahun. Comel-comel belaka anak Melissa ni. Dua-dua ikut bapaknya mata coklat.
"Apa, abang makan sikit je. Lagipun adik tu ha, makan lembab sangat. Habis cair aiskrim tu. Kalau abang biarkan, nanti lantai kotor. Nanti mama juga yang penat nak kemas nanti" Zayn muncung kan bibirnya. Apalah adiknya ni, sikit-sikit nak mengadu. Gedik! Nasib abang sayang tau!
Melissa geleng kepala. "Haih sudah-sudah. Izara jangan menangis lagi ya?"
Izara angguk kepala. Tersebik bibirnya. Siap tersedu-sedan lagi. Haih sedih betul gayanya.
"Alah adik ni, meh sini. Nanti Abam belikan adik aiskrim baru okay? I'm sorry little rabbit" Zayn peluk bahu Izara. Air mata Izara Zayn lap dengan ibu jarinya.
"Promise?" Izara keluarkan jari kelingkingnya. Zayn angguk kepala. "Promise my little rabbit"
"Apo panggil adik arnab sayang hoi? Mana belajar ni?"
Zayn mendongak pandang mamanya. "Dari papa lah. Dulu Zayn selalu dengar papa panggil mama my sweet wife bucuk acam," balas Zayn. Siap buat gaya lagi.
Melissa dengar itu, terus rasa malu. Haduh anaknya ni pun. "Hish mana ada! I...itu papa panggil kucing lah"
"Eleh tak ngaku. Ingat orang tak dengar ke? Semalam mama melawat papa pun ayah panggil mama macam tu" tak nak kalah budak ni. Nak aje menang. Tengok, siapa cakap perempuan asyik selalu nak menang je?
Wajah Melissa terus merah menyala sebab malu. Budak bawah umur cakap macam ni? Haih kalau ayah dengar, mesti kena bebel sebab sweet-sweet depan anak.
"Haish dah lah! Pergi main dengan Zade dekat depan! Jangan kacau orang tua nak sembang"
"Ocey mama. Dah jom abang, jangan kacau mama nak membawang." Izara tarik tangan abangnya dan bawa ke ruang tamu. Terkedek-kedek Izara berjalan. Sudah lah montel, gigi pun macam arnab. Comel betul. Geram je Medina tengok. Rasa macam nak tambah lagi sorang.
Haih tapi tulah, encik suami dah takde jadi kita batalkan je lah niat tu.
"Medina rasa nak melawat Arthur juga lah esok. Memandangkan esok hari Ahad. Boleh lah saya bawa Zade ke sana"
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
Aléatoire⚠️ WARNING ⚠️ Medina, seorang wanita muda yang sering sibuk dengan kerjayanya, memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan memuat turun sebuah aplikasi chatting. Di aplikasi tersebut, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri bernama E...