33 | psycho obsession

14.1K 783 240
                                    

       "Buat masa sekarang ni, Ethan kena ditahan wad lagi sebab kesihatan dia masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Aku tak nak jadi apa-apa dekat dia" terang Darren. Gambar x-ray milik Ethan dia letak di atas meja.

Arthur mengeluh. "Habis sekarang macam mana?" 

      "Macam tu lah. Nak tak nak, adik kau kena stay dekat hospital" 

Sekali lagi Arthur mengeluh. Ah! Serabut nya kepala dia. 

      "Kenapa ni? Kau takut apa? Kau jangan risau lah, adik kau selamat kalau duduk dekat sini. Segala rawatan dia aku tanggung sepenuhnya. Kau jangan risau ya?" Dia tahu, Arthur sekarang kekurangan wang untuk bayar segala perubatan adiknya. 

       Arthur senyum. "Thanks untuk sekali lagi. Aku dah banyak susahkan kau" 

      "Tak lah, aku okay je. Dulu pun kau banyak tolong aku kan?" Darren menepuk perlahan bahu kawan baiknya. 

"Tapi kan...aku nak tanya kau sikit lah" 

Dahi Arthur berkerut. "Apa dia?" 

       "Erm... perempuan yang datang dengan kau hari tu siapa ya? Adik kau ke?" Darren tayang sengih. Cantik betul perempuan tu. Walaupun gayanya agak selamba dan perangainya kasar. Tapi Darren suka! 

       Sekali lagi dahi Arthur berkerut. Tapi kali ni bukan berkerut biasa, tapi luar biasa! Dia tahu siapa perempuan yang dimaksudkan oleh Darren itu. 

"Kasih?" 

      "Ouh..nama dia Kasih ke?" Tiba-tiba Darren tersengih lebar. 

"Kau jangan macam-macam Darren. Dia baru 16 tahun!" 

Darren dengar itu, terus dia tersedak. 

       "W...what?!" Mata Darren meluas. Dia ingat gadis itu sudah berumur 20 tahun keatas! Rupanya-rupanya? Baru...16 tahun? Jarak dia dengan Kasih 12 tahun! Oh my god! Jauhnya jarak mereka.

       Arthur ketawa kecil. "Kesian kau. Single sangat sampai budak bawah umur pun kau boleh suka" Arthur geleng kepala. Teruk benar citarasa Darren ni. Banyak lagi perempuan yang sebaya dengannya. Budak bawah umur juga jadi pilihan hati? Harap je doktor. Tapi otak tak betul. 

        "Aku ingatkan umur dia 20 tahun ke atas" Darren menundukkan kepalanya. Sedih betul bila dengar. Sudah lah dia sukakan Kasih sejak kali pertama mereka berjumpa. Itupun dia kena maki dengan Kasih sebab dia terlanggar bahu gadis itu. 

         "No lah...dia Kasih lagi budak sekolah. Dah lah tu Darren. Cari perempuan lain. Kalau kau still sukakan dia, kau tunggu lah umur dia 25 tahun" Arthur ketawa. Terhibur betul dia. 

          Darren mengeluh. "Takpe, aku boleh tunggu" Darren angkat kedua-dua keningnya. Bibir mengukir senyuman nakal. Arthur geleng kepala. Doktor pun gatal! 

_____________________________

         "Tolong lah! Medina nak ikut suami Medina!"! Medina peluk erat lengan suaminya. Dia tak nak lepaskan suaminya pergi! Dia boleh je jaga Ethan di rumah sahaja.

          Arthur dengan Darren sudah garu kepala. "Tak boleh Medina. Ethan belum sihat lagi" pujuk Darren. Haihlah, macam pujuk budak-budak dah ni. 

           Medina terus pandang suaminya sambil buat muka comel. "Abang stay je lah sini ya? Tadikan abang dah pergi hospital. Sekarang abang duduk lah dekat rumah" Medina peluk pinggang Ethan dengan erat.  Ethan pandang Arthur lalu dia sengih.

         "Aku stay dekat rumah je lah ya? Nanti kalau ada appointment, aku pergi" kepala Medina yang ditutupi dengan tudung itu, diusap lembut. Haih Medina sejak mengandung ni. Bukan main manjanya. Dah lah pipi makin tembam! Geram betul dia tengok. Lagi-lagi sebelum nak tidur. Medina punya manja, macam kucing parsi! 

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang