28 | psycho obsession

17.4K 986 373
                                    

          "ABANG betul ke nak buat kerja ni? Kasih tak pernah tau jadi spy" kata Kasih sambil garu pipinya. Banyak betul nyamuk! Habis naik merah seluruh wajahnya.

Arthur merengus perlahan. Bising betul lah budak ni. Ada je benda dia nak cakap. Kalau cakap benda penting tak apa juga. Ini tidak! Suka sangat cakap benda-benda merepek.

Haih takpelah Arthur. Kasih je yang boleh tolong kau sekarang ni.

"Abang, Hambabi tu dah masuk dalam office dia bang!" Kasih tepuk-tepuk meja bila nampak Hamdan mula masuk ke dalam bilik pejabatnya. Huish betul-betul rasa vibe movie Hollywood ni. Agak-agak dia boleh tak masuk kelas lakonan? Muka pun boleh pergi jauh dah ni.

Ya, jauh dari bumi.

Dahi Arthur berkerut. Hambabi?

"Siapa Hambabi?" Tanya Arthur. Pelik-pelik je lah Kasih ni.

"Hish Hamdan! Dia dah masuk dalam office dia!" balas Kasih. Apalah abang Arthur ni. Itupun tak boleh nak teka ke?

Arthur geleng kepala. Hambabi pun boleh Kasih. Kesian, babi tak buat salah pun kena petik.

"Dia masuk dengan siapa?" Tanya Arthur sambil memasukkan peluru ke dalam pistol kesayangannya. Nasib baik lah dia masih simpan lagi pistol ni. Bukan itu aje, dia juga simpan pisau yang baru sahaja dia asah tadi. Itu sahaja yang boleh pertahankan dirinya nanti. Dia bukan tak boleh berlawan. Dia cuma takut kalau anak buah Hamdan ramai. Nanti siapa yang akan tolong dia? Tak pasal-pasal dia jadi arwah.

"Sorang" jawab Kasih.

Bibir Arthur mengukir senyuman sinis.  Bagus!

"Ada siapa tak dekat kawasan office dia tu?" Tanya Arthur lagi.

"Takde siapa bang. Dia betul-betul sorang je dekat situ. Tapi..."

Dahi Arthur berkerut. "Tapi apa?"

"Kasih lapar" Kasih merengek lapar. Tangan sibuk mengusap-usap perutnya yang sudah berbunyi itu.

Arthur tepuk dahi. Memang nak kena budak ni.

"Jangan main-main lah Kasih" marah Arthur.

"Hehe baiklah abang" Kasih patuh. Okay kasih! Jangan main-main dah!

Arthur menarik nafas dalam-dalam kemudian dia hembus. It's okay Arthur. Kau boleh.

Arthur mula keluar dengan perlahan-lahan. Kepala dijenguk sedikit untuk melihat kawasan itu. Bila line clear, Arthur terus keluar.

Baru sahaja Arthur mula melangkah, tiba-tiba dia terdengar ada suara jerkah dari dari belakang. Langkah Arthur terhenti.

"Siapa tu?!"

Arthur gigit bibir. Halah siapa pulak ni? Arthur pusing ke arah pemilik suara itu. Haih Kasih! Kenapa tak bagitau ada orang?

"Arthur? Kau buat apa dekat sini?" Tanya Zayyan. Terkejut  betul dia bila dapat jumpa dengan lelaki ni.

Arthur diam. Dia tak jawab pun soalan Zayyan tadi. Matanya terpandang ke arah baju milik Zayyan. Tiba-tiba idea kotor nya muncul. Arthur tersenyum sinis.

Zayyan melihat senyuman itu, terus rasa pelik.

Arthur angkat wajahnya dan memandang Zayyan.

"Saja, aku dah lama tak datang ke sini" jawab Arthur dengan riak bersahaja.

Zayyan angguk kepala. "Tapi, aku rasa tak perlu kot kau datang ke sini. Kau tu hanyalah seorang manusia yang paling jijik!"

Arthur ketawa halus. Kelakar betul dia dengar apa yang Zayyan cakap kan itu. Dah naik pangkat. Terus perangai iblis dia keluar. Arthur keluarkan sesuatu dari poket belakang. Zayyan nampak itu, terus dia pandang Arthur pelik.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang