ETHAN sedar sahaja dari tidur, dia terus bangun lalu tubuhnya disandarkan di kepala katil. Matanya memandang sekeliling bilik wad itu. Keluhan berat dilepaskan.
"Kau ni... bangun-bangun je terus mengeluh" Kata Arthur yang baru sahaja masuk ke dalam bilik wad itu.
"Aku nak Medina. Itu je" dah masuk hari ke empat dia disini. Susah sangat ke nak bawa isterinya ke sini? Dia nak peluk Medina. Faham tak? Ish!
"Kau tu sakit lagi. Sabar lah sikit. Bini kau tu ada je dekat rumah aku tengah main game dengan Zayn. Kau tak payah nak risau sangat. Nanti dah sihat aku bawak kau balik" balas Arthur. Tak reti nak sabar langsung Ethan ni. Dah berapa kali dia ulang benda yang sama.
Ethan merengus kasar. "Bila?"
"Tunggu kau sihat lah setan. Tak faham bahasa ke macam mana?" Marah betul Arthur dengan adik dia ni. Kalau tak faham cakap bahasa melayu. Dia boleh je cakap bahasa Bangla. Mana tahu tiba-tiba Ethan pandai cakap bahasa Bangla. Kan?
Ethan jeling. Bibir dimuncungkan.
Arthur melihat itu, rasa nak pijak je. "Kau ingat comel ke? Macam beruk dah aku tengok kau" Arthur melangkah ke arah meja kecil kemudian dia letak bekas makanan itu diatas meja.
"Makan. Ni bini kau yang masakan. Dia cakap. Dia rindu dekat kau. Aku nak bawa dia kesini. Tapi dia kata...dia tak nak kacau kau. Jadi makan lah puas-puas. Kau dah sihat sepenuhnya. Aku terus bawak kau jumpa dengan bini kau" dah berbuih-buih mulutnya cakap benda yang sama. Dia pula kena jadi orang tengah untuk pasangan suami isteri ni.
Kita fenart.. faham tak? Kita fenart!
Dah lah Melissa tak nak cakap langsung dengan dia. Bila cakap je, sepatah-sepatah aje dia jawab.
Bila nak peluk, kena tepis. Bila nak kiss...hemm faham-faham je lah. Melissa sekarang dah lain. Jadi, bila dia nak kiss, terus pipi dia kena tampar. Kuat juga lah, sampai berguling dia dekat atas lantai.
"Medina... masakkan?" Tanya Ethan sambil memandang ke arah bekas makanan itu. Liur ditelan. Nampak sedap! Dia dah lama mengidam nak makan masakan Medina.
"Ye lah...tak kan bini aku pulak. Dah la kau. Aku nak pergi jumpa Kasih" tanpa mendengar balasan dari Ethan. Arthur terus angkat kaki dan keluar dari bilik wad itu. Ethan geleng kepala, apa lah dia nak buat dengan Kasih tu. Kesian budak Kasih dah jadi hamba suruhan Arthur. Semua benda Kasih yang kena buat.
Lepastu budak Kasih tu pun ikut je lah Arthur.
"Kasih..."
Kasih yang sedang baca majalah itu terus angkat kepala. Kening sebelah diangkat. "Ha, nape bang. Nak suruh orang beli air apa pulak? Air ketum? Ke air halia?" Sungguh sarkastik suara Kasih. Sikit pun dia tak pandang Arthur. Mata focus melihat gambar-gambar dekat majalah.
Handsome mat model ni. Kalau buat suami ni, confirm tak keluar bilik.
Arthur mencebik. Kecik-kecik dah gatal. Dasar miang buluh!
Arthur malas nak berdebat dengan Kasih. Jadi dia duduk sahaja disebelah Kasih. Majalah ditangan Kasih dirampas.
"Apa kau yang kau tengok ni? Semua jantan-jantan dalam ni separuh bogel. Teruk betul" bebel Arthur.
Kasih juling mata ke atas. "Alah, gatal-gatal orang pun. Orang tak ganggu suami orang lain! Model dalam ni handsome sebab tu Kasih tengok" balas Kasih dengan penuh selamba. Majalah ditangan Arthur dia ambil dengan kasar.
Arthur agak tersentap dengan kata-kata Kasih itu. Budak ni mulut boleh tahan juga ya? Arthur bangun. Tiba-tiba idea jahat dia terlintas dalam kepala. Arthur senyum sinis sebelum rambut Kasih digosok dengan kasar.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...