"LEPASKAN saya! Saya benci awak! Awak lelaki tak guna! Awak sanggup curang dengan saya...sampai hati awak Arthur!" Melissa menolak dada bidang Arthur dengan kuat sehingga lelaki itu mengundur kebelakang.
"Mel...dengan cakap abang, sayang. Tu semua tak betul. Fitnah aje semua tu" bila Arthur mula datang dekat ke arah isterinya, Melissa jauhkan diri dari lelaki itu, kepala di geleng tanda dia tidak mahu Arthur dekat dengannya. Langkah Arthur terhenti.
"Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak curang belakang saya, Arthur? Apa kekurangan saya? Tolonglah Arthur. Jawab soalan saya Arthur! Saya dah banyak luangkan masa dengan awak! Saya sanggup lahirkan anak awak. Saya jaga mereka dengan baik. Saya...ni banyak kekurangan ke sampai awak sanggup buat saya macam ni? Kenapa Arthur? Kenapa!" Sekali lagi dada bidang lelaki itu ditumbuk sekuat hati. Sanggup Arthur buat dia macam ni. Malu dia melihat suaminya bersama perempuan lain tanpa pakaian. Malah lagi teruk dari tu mereka lakukan.
"Kenapa..." Melissa terus jatuh terduduk. Dia meraup wajahnya, apa dia nak jawab dengan orang tuanya kalau suaminya buat macam ni. Dia tahu, lelaki yang dalam video itu adalah Arthur. Dia kenal tubuh suaminya.
Arthur terus diam membisu. Rahang diketap kuat sehingga menimbul urat hijau di lehernya. Dia tahu siapa punya kerja. Dinding pipi ditolak dengan lidahnya.
"Mel betul-betul nak tau? Hm?" Arthur mencangkung dihadapan isterinya. Rambut wanita itu diusap.
"Sebab Mel tak hebat macam Athirah. You know?" Arthur ketawa cukup sinis. Melissa tergamam dengan jawapan suaminya.
"Mel... Aku dah cuba nak lupakan Athirah, tapi malangnya tak boleh. Athirah sentiasa layan aku bila aku stress dengan kerja. Ye lah, aku balik-balik kerja. Kau dah tidur. Aku jadi tak puas. Faham tak?!" Jerkah Arthur kuat. Kali ni Arthur sudah menunjukkan belangnya.
"A... Arthur awak dah berubah" sungguh Melissa tak sangka. Apa yang Athirah buat sampai suami nya jadi macam ni. Dimana Arthur yang sentiasa lemah lembut dengannya? Dimana Arthur yang sentiasa berada disisinya ketika dia susah? Dimana Arthur yang dulu? Sejak suaminya berpindah di sini. Suaminya jadi sangat-sangat lain! Selalu balik lambat. Malah, setiap kali pulang dari kerja. Arthur sentiasa tiada mood bila bersamanya. Bercakap pun kadang-kadang tak nak. Rupanya-rupanya? Dah ada orang lain rupanya. Dalam hati Melissa sudah ketawa kan diri sendiri.
Arthur senyum sinis. "No, bukan aku yang berubah sayang. Inilah diri aku yang sebenarnya. Aku ni lah lelaki yang selalu kau cakap baik, sangat memahami"
"Jadi...ini yang kau nak kan?" Arthur berdiri.
"Aku akan pergi...tapi aku tak akan lepaskan kau" sejurus itu, Arthur terus kemas bajunya lalu dia keluar dari rumah itu tanpa menoleh lagi kebelakang. Jeritan Melissa dia hanya hiraukan sahaja, dia terus memandu pergi ke hospital untuk bertemu Athirah.
Baik dia pergi dari sini. Dia dengan Athirah pun sudah dibuang kerja. Tidak ada lagi beban yang perlu dia tanggung. Anak? Nanti-nanti lah dia fikir. Kepalanya serabut sekarang ni. Dia kena cari Ethan. Dia tahu ini semua kerja adiknya. Ethan mahu membalas dendam. Lagipun semua ni salah dia. Memang semua berpunca dari dia. Kalau dia tak buat keputusan itu, percayalah. Ethan memang tak kan jadi macam ni.
Dulu Ethan sangat seorang yang baik. Sanggup buat apa-apa sahaja demi keluarga mereka. Sanggup mencari tinggalkan sekolah demi mencari duit untuk mereka. Dia bodoh sebab sanggup lari untuk kepentingannya sendiri. Padahal dia boleh sahaja bawa Ethan sekali. Tapi entah kenapa dia pergi macam itu sahaja.
_____________________
SAMPAI sahaja di hospital. Arthur terus menuju ke bilik wad Athirah. Pintu dibuka kemudian dia masuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
De TodoMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...