ETHAN dari tadi senyum aje dia Sampai Medina tengok pun rasa macam ada benda yang tidak kena dengan suaminya ni. Ada apa-apa ke?
"Tak lama lagi birthday sayang," ucap Ethan lembut. Pipi Medina, Ethan cium. Medina tersipu.
"Tua dah saya," Medina mencebik. Buat-buat mengeluh.
Ethan ketawa kecil.
"Tua? Sayang cakap tua? Umur baru nak masuk 22 tahun kot? Apa yang tua nya? Lain lah abang ni. Lagi berapa tahun dah nak dekat 30," Ethan buat suara macam nak menangis. Air mata palsunya di kesat dengan gaya penuh drama. Medina geleng kepala.
"Abang lagi 6 tahun ya nak masuk 30, jangan nak drama sangat" Medina julingkan matanya ke atas. Annoying betul suami dia ni.
Ethan peluk bahu Medina. "Alolo comel nya pipi gebu mintak kena gigit ni. Jangan comel sangat boleh tak? Kang tak pasal-pasal abang bagi Zade adik," gelojoh betul ya kamu Ethan.
Medina pukul belakang Ethan. Tak kuat, tapi tersungkur jugalah Ethan sebab pukulan berbisa dari isterinya itu. Tangan kecil-kecil cili padi lah katakan. "Banyaklah abang, orang belum habis lagi pantang eh? Jangan nak mengada-ngada!"
Ethan sengih. "Orang tahu lah, kita saja je nak usik-usik. Apa? Ingat abang ni nafsu kuda ke? Walaupun abang ni seksi. Abang boleh kawal nafsu abang tau!"
Medina mencebik. Sempat puji diri sendiri ya abang? Medina geleng kepala. "Abang nak bawa saya ke mana?" Tanya Medina bila nampak Ethan masukkan baju Zade ke dalam bag.
Ethan hanya senyum. "Abang nak bawa sayang pergi rumah Arthur." Balas Ethan sambil masukkan lampin ke dalam bag kecil. Tak lupa juga segala bedak, sabun baby. Semualah Ethan masukkan ke dalam bag itu. Ye lah, ada orang cakap. Kalau nak pergi mana-mana kena sediakan semua ni. Nanti tak adala Medina rushing nak cari barang-barang keperluan ni.
Medina hanya angguk kepala. "Erm abang? Nak pergi mana?"
Terhenti terus tangan Ethan yang sedang buat kerja tadi. Dia menoleh ke arah Medina. Sekali lagi Ethan sengih. "Hehe adalah. Surprise," dia nak buat kejutan sebenarnya. Ye lah, haritu pergi funfair tak puas. Sekarang dia nak gembirakan isterinya dengan membuat majlis hari jadi untuk isterinya. Harap semuanya berjalan dengan lancar lah. Risau juga kalau semua ni tak jadi.
Hehe kita first time nak buat kejutan ni. Harap isterinya suka lah dengan pengorbanan kecil nya ini.
Medina geleng kepala. Haih ada-ada aje lah suaminya ni. Kalau rahsia, takpelah. Dia akan tunggu sahaja. Apalah kejutan yang Ethan nak buat tu ya? Rasa excited pula.
"Nanti abang dah settle semua, abang ambil sayang okay?" Selesai sahaja Ethan kemas bag. Ethan melangkah ke arah isterinya. Zade yang sedang tidur di pangkuan Medina dicuit.
"Manja betul ya anak ayah ni," Ethan cium pipi Zade. Geram sungguh dia tengok pipi itu. Rasa macam nak buat meatball je. Gebu!
"Abang, jangan kacau Zade tidur. Nanti dia menangis abang nak pujuk ke?"
Ethan senyum senget. "Alah abang pakar lah bab-bab pujuk orang ni." Ethan angkat kening. Riak betul mukanya.
"Ye lah abang, ye lah" lebih-lebih nanti. Makin mengarut suaminya nanti. Medina bangun. Kain batik yang dipakainya Ethan betulkan. Lucut nanti tak pasal-pasal lain jadinya. Eh, kau Ethan. Jangan nak macam-macam! Bini kau dalam pantang lagi tu.
"Jom kita gerak!" Pipi Zade Ethan cium semahu-mahunya. Geram sungguh dengan pipi anaknya ni. Rasa nak gomol!
Bila Zade mula merengek. Terus mata Medina menikam wajah suaminya. Ethan sengih macam kerang busuk. Haduh, habislah dia kena bebel dengan Medina.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...