"Abang... Ohhh abang. Haih mana suami kita yang handsome ni ya?" Medina mencari suaminya. Semua tempat dia cari. Dekat dapur, dekat ruang tamu. Semua tempat lah.
"Ke dia ada dekat dalam bilik Zade?" Medina baru teringat. Ha'ah, mana tahu suaminya ada di situ. Medina senyum kemudian dia pergi ke bilik Zade. Lupa anaknya hari ni cuti.
"Anak ayah ni tak nak bangun ke?" Ethan usap-usap pipi Zade dengan lembut. Anaknya ni susah betul nak bangun. Sama macam ibu dia.
"Anak ayahhh~" Bukan main lembut lagi Ethan kejutkan Zade. Zade pula dah macam tidur mati aje gayanya memang susah lah nak bangun. Lagi-lagi semalam budak ni tidur lambat.
"Ayah, Zade mengantuk." Zade gosok matanya. Mengantuk sangat. Maklumlah malam tadi kita main game dengan ayah. Sebab tu mengantuk.
Ethan senyum. Kali ni pipi Zade pula jadi mangsa bibirnya. Ethan cium pipi Zade bertalu-talu sampai naik rimas budak tu.
"Ayah! Jangan lah acau ite. Mengantuk ni." Zade tarik selimut sampai ke dada.
Ethan berdiri lalu dia cekak pinggang. Haih macam mana nak kejutkan Zade ni ya?
"Abang, dah lah tu. Kesian dia. Biar je lah dia tidur." Medina mendekati suaminya. Comel betul anak beranak ni. Bapaknya pun satu. Suka sangat kacau anak tidur.
"Tapi abang nak ajak dia main ps5 lagi. Game resident evil tak habis lagi, yang!"
Medina urut dahinya. Pulak dah.
"Sudah, jom teman saya masak," Medina tarik tangan Ethan kemudian mereka menuju ke dapur. Hari ni Medina nak masak ayam masak merah. Itupun Ethan yang nak. Mengidam katanya.
Ethan sengih. Hehe dah lama tak makan ayam ni. Selalunya dia makan Medin....eh bukan, makan ikan. Tersasul pula.
"Sayang nak abang tolong ke?" Ethan bersandar di tepi peti ais. Dah lama dia tak masak ni. Last makanan yang dia masak, spaghetti bolognaise. Huish itupun sedap juga. Nanti lah dia masak. Nak kena beli barang dulu.
Medina menoleh. "Boleh juga, abang tolong buatkan air boleh?"
Ethan tayang muka berlagak. "Abang pakar buat air ni. Sayang nak air apa?" Ethan lipat lengan bajunya sehingga ke siku. Medina melihat itu, terus dia rasa berdebar. Ethan sangat kacak! Aduh, kenapa handsome sangat ni? Kang tak jadi masak pula.
Bila Ethan perasan Medina sedang melihatnya, terus dahinya berkerut. "Kenapa yang? Muka abang ada something ke?" Ethan tilik seluruh tubuhnya. Hemm takde apa-apa pun.
Medina tersentak. "Takde apalah, cepat lah buat air tu. Medina nak potong bawang." Cepat-cepat Medina larikan pandangannya. Kantoi tenung suami sendiri.
Ethan mula rasa pelik. Dia menuju ke arah Medina yang sedang kalut itu. Kelam kabut rupanya. Sampai terjatuh segala pinggan mangkuk.
"Sayang? Kenapa ni kelam sangat ni, hm?" Ethan peluk pinggang Medina. Terus badan Medina kaku. Ah sudah, main peluk-peluk pula suaminya ni. Liur ditelan. Dahinya mula berpeluh.
"Er.. abang, Medina nak masak ni." Jantungnya sekarang ni memang rasa macam nak meletup. Terus dia rasa lutut dia lembek macam jeli. Tangan cepat-cepat genggam kabinet dapur itu. Takut terjatuh pula.
Ethan tahan senyum. Dia tahu kenapa Medina jadi macam ni. Medina malu dengannya. Takpe, dia lagi suka Medina malu-malu macam ni. Rasa macam mula-mula kahwin dulu.
"Sayang." Panggil Ethan. Makin erat pelukannya di pinggang Medina.
"I..iyee?"
"Kalau abang nak bagi Zade adik. Boleh?" Ethan senyum nakal. Baru sahaja dia ingin mencium bibir Medina. Tiba-tiba..
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI ialah anak angkat yang hidup dalam penuh dengan penderitaan.. hidupnya sangat berbeza dengan kakak angkatnya, Athirah, Medina sering menjadi mangsa kekejaman Encik Rashid. Dan tidak lama selepas itu, keselamatan Medina semakin teranca...
