"TUAN, ini gambar-gambar yang tuan minta tadi" kata Alif sambil meletakkan sepuluh keping gambar diatas meja. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Jangan sesekali kau lalai Alif... Kalau semua terlepas. Memang sorang-sorang aku bunuh sampai hancur... Termasuk kau!" kata lelaki itu dengan nada tegas.
Aliff angguk kepalanya.
"Baik tuan" kalau dia tidak akur dengan arahan lelaki ini. Habis semua ahli keluarganya akan mati. Nak menyesal? Sudah terlambat. Dia sudah lama berkerja dengan lelaki ini. Sekali buat salah, memang nyawa kau akan melayang.
Lelaki itu senyum. "Good... Aku nak kau perhatikan semua sekali. Aku nak tengok pembunuh bersiri tu boleh hidup berapa lama..." Katanya lagi sambil menatap satu persatu gambar yang berada di atas meja. Satu gambar yang mempunyai wajah milik Ethan dan juga Arthur digenggam kuat sebelum dia menghentak kuat meja itu.
"Adik beradik bawa malang! Bodoh! Memang aku bunuh kau orang berdua. Kau tunggu!" Dengan perasaan marah yang sangat membuak-buak. Lelaki itu menghempas semua barang-barang yang ada diatas meja itu. Dia menjerit seperti orang gila. Urat-urat di lehernya mula menimbul.
"Alif..." Lelaki itu menyeru nama salah seorang anak buahnya. Alif melangkah ke arah lelaki itu. Kepala ditunduk sedikit.
"Ye tuan?" Alif sudah rasa berdebar. Risau jika dia jadi mangsa kekejaman lelaki itu. Walaupun dia tidak pernah buat salah. Tapi dia tetap kena berhati-hati dengan lelaki ini.
"Ameera..." Lelaki itu sebut sahaja nama seorang perempuan, terus Alif dapat tangkap. Tak perlu nak tanya lebih-lebih.
"Dia ada didalam bilik tahanan" tahulah dia apa yang boss nya mahu tanya. Boleh dikatakan setiap hari lelaki itu tanya tentang perempuan yang diculik oleh lelaki itu.
"Makanan yang aku bagi dekat dia...dia makan?" Tanya lelaki itu lagi. Kalau dia dapat tahu perempuan jalang tu tak makan. Memang aku bunuh perempuan tu dengan tangan dia sendiri. Ya, aku cintakan dia. Tapi kalau perempuan jalang tu buat hal. Memang aku bunuh perempuan tu.
Alif angguk kepala. "Dia makan tuan... lagipun" kata-kata Alif terhenti. Dia gigit bibir bawah. Perlu ke dia beritahu lelaki ini tentang Ameera?
"Lagipun apa?" Tanya lelaki itu dengan wajah bengis. "Kau ada benda yang nak beritahu aku? Tell me Alif. Tak perlu berahsia dengan aku" paksa lelaki itu. Dia paling tak suka orang berahsia dengannya!
Alif terdiam. Nampak gayanya, dia sudah terlepas cakap! Matilah aku. Alif tarik nafas dalam-dalam. Jantung tak usah lah cakap, memang asyik berdebar sahaja dari tadi. Ini lah sebab kenapa dia rasa menyesal kerja dengan lelaki ini.
"Saya rasa...Ameera mengandung"
Lelaki itu tergamam. Shit! Dia pejamkan matanya. Apabila dia buka matanya semula, dia pandang Alif dengan wajah bengis.
"Dia tak makan ubat yang aku bagi tu?"
Sekali Alif terkedu dengan soalan yang dilemparkan oleh boss nya. Liur ditelan kesat. Alif geleng kepala.
Lelaki itu terus menendang meja dengan kuat sehingga meja itu terbalik. "Kau buka pintu tu. Aku nak masuk kejap lagi" kata lelaki itu sebelum dia melangkah keluar. Alif angguk kepala dan ikut arahan lelaki itu. Kalau dia tak ikut nanti. Habis nyawanya akan melayang dengan sekelip mata.
"B...baik tuan" Alif hanya akur sahaja. Dia pusing lalu dia melangkah ke bilik tahanan. Pintu dibuka. Lelaki itu menolak tubuh Alif ke tepi kemudian dia masuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...