27 | psycho obsession

18.3K 983 228
                                    

       ARTHUR mengeluh  . Kasih disebelah nya dipandang.

"Takpe lah bang. Mesti dia tak marah abang punya.. Kasih yakin abang boleh! Percayalah Kasih. Kasih ni memang seorang yang boleh dipercayai" Kasih tepuk dada. Gayanya macam dia lah orang paling penting untuk situasi sekarang ni. Tapi memang betul pun. Kalau dia takde, takde nya abang Arthur dapat berjumpa dengan Medina.

"Ye lah kau" entah lah, Kasih ni kadang-kadang ada gunanya. Tapi kadang-kadang mulut tu. Ya Allah, Arthur rasa macam nak stapler aje mulut tu. Bising! Dia nak memandu pun rasa tak tenang. Semua benda dia nak tanya. Macam ni kali pertama tengok dunia! Stress dia tahu tak?

"Yee...abang kena percaya Kasih. Kalau abang tak percaya. Macam mana abang Ethan boleh percaya? Tengok eh..kit.."

Tak sempat Kasih nak habiskan ayatnya. Arthur terus berlalu masuk ke dalam bilik wad Medina. Mata Kasih terbuntang. Kurang asam! Dia boleh tinggalkan aku dekat sini? Kau tunggu Arthur. Akan ku curi sepuluh ringgit dalam dompet mu.

"Awak siapa?" Tanya Medina. Dah serak suaranya sebab menangis terlalu lama. Dia rindu Ethan. Macam mana kalau Ethan kena gantung? Kalau lah ada siapa-siapa tolong bawa dia pergi melawat Ethan. Dia bersyukur sangat-sangat. Dapat jumpa sekejap pun jadilah. Dia betul-betul rindukan Ethan.

Arthur melihat perut Medina. Jadi... ini lah isteri Ethan? Perempuan yang ada dengan Ethan pada malam itu.

"Aku Arthur... Abang kepada Ethan" balas Arthur sambil merenung wajah pucat milik Medina.

"Abang Ethan? Awak lah yang cuba nak tangkap suami saya tu kan? Keluar! Saya tak nak tengok muka awak! Awak punca semuanya. Saya benci awak!" Medina terus jadi hilang kawalan. Kasih melihat itu, terus dia peluk Medina.

"Akak bawak bertenang kak...jangan macam ni. Nanti akak sakit" pujuk Kasih sambil mengusap-usap belakang Medina.

"Kenapa... Kenapa korang semua sanggup buat aku macam ni? Kenapa?" Air mata Medina mula mengalir. Tersedu sedan dia. Kasih pula tak putus-putus memujuk Medina.

"Saya tau apa yang suami Saya buat tu salah. Tapi dia buat tu bersebab. Kalau dia tak kena dera, dia tak akan jadi macam tu" semakin menjadi-jadi tangisan Medina. Dia betul-betul tak kuat. Sudah lah dia bawak budak sekarang ni. Emosi dia jadi tak stabil. Kadang-kadang bila dia jadi stress. Dia tak tahu nak buat apa. Dia rasa kosong.

Arthur mendengar luahan dari Medina itu terus dia rasa serba salah. Memang semua ni salah dia. Dia lah punca Ethan jadi macam tu. Dan sekarang dia nak tebus semula kesalahan nya. Dia akan bantu Ethan keluar dari penjara. Walaupun agak mustahil . Tapi peduli apa dia? Dia juga seorang pembunuh. Dan sekarang dia tahu macam mana nak selesaikan semua masalah ni.

"Aku ada idea"

Medina terus memandang ke arah Arthur.

"Kasih...kau pergi dekat kereta aku,. ambil bag hitam yang ada dekat seat belakang. Aku nak bawa Medina keluar dari sini" arah Arthur. Ya, dia akan bawa Medina keluar dari sini. Nanti pandai-pandai lah dia upah mana-mana doktor untuk merawat Medina nanti.

Kasih angguk kepala. "Okay baik"

Tanpa membuang masa, Kasih terus keluar dan pergi ambil bag yang disuruh oleh Arthur tadi.

Semasa Kasih ingin menuju ke pintu lif. Dia terserempak dengan Ameera. Dan dengan selambanya Kasih langgar bahu Ameera dengan kasar sehingga Ameera jatuh terduduk.

Kasih memusingkan tubuhnya ke arah Ameera lalu dia keluarkan lidahnya seakan mengejek. Tak cukup dengan itu, Kasih keluarkan jari tengahnya.

"F*ck you b*tch!" Selamba je dia mencarut dekat Ameera. Mata Ameera meluas bila dengar budak bawah umur itu mencarut dekat dia.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang