AKU menggeliat kecil. Huhhh! Lena aku tidur malam tadi. Maklumlah, malam tadi aku mimpi indah. Hehe crush cakap kita pretty kan. Haha.
Aku mengerling ke arah jam yang berada di telefon pintar aku. Dah pukul 6 lagi. Pantas aku menoleh ke arah Ameera pula. Hmm tidur lagi budak ni.
Tanpa melengahkan masa, aku terus turun dari katil untuk bersihkan diri dan menunaikan solat subuh.
Selesai sahaja, aku terus mengorak langkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Bau mee goreng yang semerbak harum itu aku sedut. Pergh! Pagi-pagi ibu dah masak mi goreng. Gempak lah. Terus berbunyi perut aku.
"Ibu!" Sapa aku dengan penuh mesra. Kerusi di kitchen island itu aku tarik dan aku labuh kan punggung disitu.
"Medina...mana kawan kamu? Tak keluar sekali makan?" Tanya ibu setelah meletakkan pinggan di atas meja.
"Dia tidur lagi bu. Medina dah kejutkan tapi dia tak bangun" balas ku sambil ambil pinggan dan mencedok mi goreng itu ke dalam pinggan. Mi goreng basah. Favorite aku ni. Hehe saja bagi tahu.
"Takpelah kalau macam tu. Nanti kalau dia dah bangun, kamu suruh dia makan. Kesian dia asyik tak makan je. Risau pula ibu. Nanti, Ibu nak masak mi tomyam. Kamu boleh kan pergi barang dapur dengan Meera?" Aku pandang ibu dan aku angguk.
"Boleh je ibu. Ibu tak nak ikut sekali? Kalau nak, jom lah" ajak aku. Kesian pula tinggalkan ibu seorang diri di rumah.
Ibu geleng kepala. "Takpelah, sekejap lagi ayah kamu balik. Kalau semua pergi, siapa nak tolong dia nanti?" Jawab ibu. Ya tak ya juga kan? Betul juga apa yang ibu cakapkan itu. Aku angguk tanda setuju.
"Baiklah ibu"
___
"Medina. Aku rasakan Aiman tu macam ada something lah" aku mendengar Ameera bersuara. Ketika itu, kami sedang mencari bahan basah. Seekor ayam aku ambil dan aku letak ke tempat pemotong ayam.
"Potong 15 ya bang" ujar aku kepada pekerja tersebut. Aku kembali fokus kepada Ameera.
"Maksud kau?" Tanya aku balik. Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Ameera tu. Bukan dia je. Aku pun sama rasa Aiman tu macam something wrong. Scary tau tak bila dia datang rumah lepastu acah-acah baik depan ibu dengan ayah.
"Ye lah, dia tu gatal sangat. Lagipun kan. Aku tengok dia tu, cara dia pandang kau. Seram weyh! Macam nak tembus. Entah lah. Aku takut mamat Psycho tu dia je" Ameera buat gaya seram sejuk. Aku terdiam.
Aiman? Dia yang buat? Tapi macam mustahil. Aku bukan nak sokong budak Aiman tu. Sorry eh? Tak! Aku cuma rasa tak sesuai je.
Muka Aiman tu macam budak selekeh nya. Tak kena lah kalau dia tu Psycho. Hahaha kesian member kena face shaming.
"Entah lah, kita tunggu je nanti" aku sambung cari barang dapur dan terus pergi ke tempat sayur-sayuran. Ibu suruh aku ambil sayur apa eh? Lupa lah pulak!
"Hey sweetie" Aku dengar ada suara garau berbisik di telingaku. Terus aku berpaling ke arahnya. Mata aku meluas.
"Mr Gray!" Terus lebar senyuman aku. Gila kau, crush tegur kot! Siapa je yang tak excited?
"Awak buat apa dekat sini?" Tanya aku mesra. Siap tersengih pula tu. Tak tahu malu. Dulu beria-ria cakap tak nak couple. Last-last? Haha rasa nak ketawakan diri sendiri je.
Tapi aku tak couple pun dengan dia. Sebab dia pun tak confess dekat aku. And aku pun sama. Haih syok sendiri ya Medina? Kesian kau kan?
Dia senyum. "Saja... saja nak jalan-jalan. Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini" balasnya sambil menatap wajahku. Aku pula rasa gelisah dengan renungannya. Entah kenapa aku rasa macam berdebar. Mungkin ye lah, aku suka berkawan dengan dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...