3 | psycho obsession

24.8K 1.1K 96
                                    

𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍

"Medina! Bangun!"

Aku terasa ada orang tepuk bahu aku. Tapi mata aku masih terpejam.

"Medina!"

Mata aku terbuka luas. Terus aku duduk.

"Meera?" Tak percaya. Semalam...

"Kau asal ha? Meracau macam orang gila! Ni dahi kau ni. Asal berpeluh?" Pelik Meera pandang aku. Aku baru tersedar.

"Me...Meera? Kau hidup lagi?" Aku meraba wajahnya. Ameera tolak tangan aku.

"Kau ni dah kenapa? Kau nak aku mati ke?" Meera jeling aku. Aku geleng kepala.

"Asal ni? Kau mimpi apa? Teruk betul kau meracau. Siap ada air mata lagi tu" Ameera kesat air mata aku. Aku tersentak. Air mata? Terus aku bangun dan menuju ke meja solek.

"Semalam aku mimpi...Entah lah weyh. Aku rasa mimpi tu macam betul-betul. Seram weyh. Serious. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi aku rasa mimpi tu real" aku tatap wajahku di cermin. Mata aku dah mula keluar eyebag. Haih sah-sah aku mimpi buruk malam tadi. Aku geleng kepala.

"Itu sebab kau tak basuh kaki sebelum tidur. Tulah kau, aku dah pesan banyak kali. Orang sebelum tidur pasang ayat kursi. Bukan nya pasang lagu kpop!" Aku dengar Ameera membebel. Aduh! Tersentap aku. Pedas jugak eh ayat Meera ni.

"Dah la, jom lah makan. Aku ada masak" ajak Ameera. Aku masih lagi berdiri dihadapan cermin.

"Meera" panggil aku kemudian aku pusing ke arah dia. Meera angkat kening.

"Kenapa?"

"Semalam kau ada keluar pergi mana-mana ke?"

Dahi Ameera berkerut. "Mana ada. Aku ada je dekat dalam bilik tengah bergayut dengan pakwe aku"

Aku angguk kepala. "Okay" itu je yang aku mampu balas. Entah lah, aku harap semuanya baik-baik sahaja.

~~~

Selepas sahaja aku dengan Meera menjamu selera. Meera ajak aku pergi ke mall. Nak pergi Watsons katanya. Untung lah dah gaji. Aku ni tunggu tunggu gaji masuk macam tunggu anak raja masuk meminang! Lambat betul!

Husnuzon, mungkin diorang nak bagi aku gaji 20k sebab tu kot lambat masuk.

"Weyh Dina, aku nak pergi toilet kejap. Sakit perut do" Ameera menekan perutnya. Nak terberak pulak dah minah ni. Aku angguk sahaja.

"Pergilah" kesian. Ni mesti kes makan pedas tadi. Tulah, aku dah larang banyak kali. Kau degil. Dah tahu tak boleh makan pedas. Kau makan jugak.

Hilang sahaja kelibat Ameera. Aku duduk di sebuah kerusi panjang yang terletak di tepi dinding kaca itu. Aku keluarkan telefon bimbit ku dan mulalah sesi busy kan diri. Dah member pergi toilet. Ini je boleh buat aku rasa tenang sikit.

Semasa aku sedang bermain telefon itu, aku nampak ada seorang lelaki sedang berdiri tak jauh dari aku. Aku nampak dia senyum senget. Aku pandang sekeliling. Pelik. Aku je yang ada dekat sini. Asal dia pandang aku macam tu? Bulu roma aku mula meremang.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now