MENGELUH, itu je lah Medina mampu buat. Dari tadi dia termenung mencari idea untuk siapkan novelnya."Ibu okay tak?" Zade mendekati ibunya. Bahu Medina, Zade peluk dengan erat. Medina senyum.
"Okay aje sayang, cuma ibu pening kepala nak cari idea nak siapkan novel ni" Medina letak kepalanya di bahu kecil milik Zade.
"Lah ye ke? Okay sekarang ibu tatap muka adik yang comel ni. Mesti ibu dapat idea. Percayalah cakap Zade,ibu. Sebab Zade kan muka lelaki paling handsome didalam dunia ini. Orang cakap, kalau tengok muka handsome ni, idea mencurah-curah masuk dalam kepala. Now, ibu tengok muka adik. Tatap lah wajahku yang comel dan handsome ini" Zade muncung kan bibirnya. Comel sangat lah tu? Dah macam itik.
Medina ketawa. Haduhai, wahai anakku. Kenapa perangai lain macam sangat ni? Untung dia dapat anak bijak macam Zade ni.
"Iye lah sayangku. Iyelah. Ibu tatap muka adik ya?" Medina usap muka Zade dengan lembut.
Zade sengih. "Macam tu lah ibu Zade! Sayang ibu. Nak cium pipi ikit oleh?" Jade kelip-kelip mata. Medina senyum.
Medina menunduk sedikit kepalanya lalu bibir Medina mencium pipi Zade yang tembam itu.
Jade tersengih suka. "Hehe I lap you ibu."
"I lap you more Sweetie"
.......
Selepas sahaja Medina tidurkan Zade. Medina sambung buat kerjanya. Penat layan karenah anaknya. Suruh garu belakang lah, suruh garu paha lah. Garu itu garu ini. Nasib sayang tahu?
Medina ambil cawan yang berisi air kopi yang baru sahaja dia buat tadi. Laptop dibuka kemudian dia sambung menulis.
Dia Kaisara Alisya.
Itu lah tajuk novelnya yang bakal dia terbit tidak lama lagi. Sikit sahaja lagi nak siap. Itu pun nanti, dia kena check dulu sebelum hantar ke publisher.
Prang!
Terkejut Medina bila dia dengar bunyi kaca pecah dari luar bilik mereka. Terus Medina pandang Zade. Medina menghela nafas lega. Nasib baik budak tu tak bangun.
Dengan perlahan-lahan Medina bangun. Liur ditelan. Siapa pula yang pecahkan kaca tu? Dia tak bela kucing pun? Ke ada perompak yang mahu merompak rumah mereka?
Jantung Medina berdegup laju. Pisau lipat yang berada di laci meja mekap dikeluarkan untuk pertahankan diri.
Pintu kayu Medina buka dengan perlahan-lahan. Nasib baiklah lampu kecil di ruang tamu Medina sudah buka tadi. Takde lah gelap sangat.
"Siapa tu?!" Jerkah Medina sedikit kuat. Pantas dia berlari ke arah suis,lalu lampu besar itu dibuka. Dan setelah itu, ruang tamu terus jadi terang benderang.
Mata Medina terus nampak ada darah di lantai. Tak banyak, hanya ada setitis dua. Mata Medina pandang sekeliling ruang tamu itu. Pelik, kenapa barang rumahnya macam tiada yang hilang? Ke penyamun itu baru masuk?
Medina cuba beranikan diri dan dia menuju ke dapur pula. Kali ni dia tak pegang pisau, tapi kayu besbol. Kalau pegang pisau nanti takut dia tertikam pula si penyamun itu. Nanti tak pasal-pasal dia pula yang kena masuk penjara.
Tanpa Medina sedar, Ethan sedaya-upaya cuba sembunyikan diri di belakang langsir. Jantung dia jangan cakap lah. Macam nak terkeluar. Haih, macam mana lah dia boleh terlanggar pasu kaca tadi? Kan dah terkena kaki. Sebenarnya dia masuk ke sini sebab nak tengok Zade. Nak lebih tepat, nak tengok Medina sebenarnya, hehe.
"Hish mana kau ni?" Bisik Medina perlahan. Tapi Ethan dapat dengar. Ethan gigit bibir. Haduh, dia pegang kayu besbol pulak dah. Ni kalau Medina hayun kayu tu tepat dikepala nya. Sah meninggal kali kedua.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...