"Byee Meera. Nanti kalau kau rindu. Kau call lah aku ya?" Tersedu-sedan aku menangis. Huwaaaa!! Meera nak pindah dah. Haih lepasni aku dah takde geng nak bergosip.
Ameera mencebik. "Eleh, mr Gray kau ada kan?" Bisik Ameera perlahan. Aku tepuk bahu dia.
"Diamlah kau!" Marah aku. Mata pandang sekeliling takut kantoi.
"Nanti ada masa datang lah ke sini lagi" aku dengar ibu bersuara. Ayah pula hanya berdiri di sebelah ibu. Sambil peluk bahu pula tu. Ceyy! Tunggu lah orang kahwin nanti. Kita peluk laki kita 24 jam!
"Okay lah, aku gerak dulu. Takut jalan sesak pula nanti. Bye semua assalamualaikum. Terima kasih tauu makcik pakcik tumpang kan saya tidur sini selama seminggu. Nanti singgah lah rumah saya dekat Kuantan" Ameera menunduk sedikit lalu dia masuk ke dalam kereta.
Aku senyum dan aku turut melambaikan tangan ke arah nya. Aku lap air mata palsu ku. Ameera mencebik sebelum dia angkat penumbuk. Aku ketawa.
"byeee tenukk!"
Buk! Aku terasa bahu aku dipukul. Terus kepala aku memandang ke arah ibu. Ibu jegil mata. Aku sengih. Alah lupa pulak ibu ada dekat sini.
"Apa bahasa kamu tu? Tak elok tahu tak?" ayah geleng kepala. Haih cair lah taik telinga aku dengar diorang bebel. Aku menunduk. Kaki duk kuis-kuis pasir.
Ameera ketawa kan aku. Aku jeling dia. Haih dah macam budak lima tahun kena marah. Kau pun satu Medina, cakap bukan-bukan dekat depan ibu dengan ayah. Kan dah kena marah.
"Byeee!!" Aku melihat kereta yang dinaiki Ameera mula menjauh. Aku mengeluh. Rindu lah aku dengan dia lepas ni. Lepas ni aku takde lah member nak ajar gurau.
"Dah masuk Medina. Ayah nak bincang dengan kamu sikit" ayah mula masuk ke dalam rumah tinggalkan aku dengan ibu. Aku angkat kening. Ibu geleng kepala tanda tak tahu. Haih apa lagi ni? Tapi nak tak nak aku kena ikut.
"Duduk" arah ayah bila aku sudah berdiri di ruang tamu. Gaya macam nak interview orang ya.
"Kenapa ayah?" Tanya aku ingin tahu.
"Lepas ni kalau kamu nak keluar pergi mana-mana. Kamu keluar dengan Aiman. Ayah dengan ibu jarang ada dekat rumah. Aiman je yang boleh kami harapkan"
Terus aku berdiri dan tayang muka tak puas hati. "Apa ni? Medina dah cakap kan Medina tak nak ada apa-apa hubungan dengan Aiman? Kenapa ayah berharap sangat dengan budak tu? Medina dah bagi tau ayah sebelum ni. Aiman tu dah lah gatal! Ni ayah nak suruh Medina keluar dengan dia"
Aku peluk tubuh. Geram betul lah aku. Suka hati je suruh aku keluar dengan mamat tak guna tu.
Muka ayah bertukar garang. "kamu jangan nak kurang ajar Medina. Ayah suruh tu ikut je lah! Yang kamu nak marah sangat dah kenapa? Aiman tu kira baik lah nak tolong kamu tahu?"
Aku ketawa. "tolong? Tolong apa ayah? Cuba bagitau Medina. Apa yang dia tolong? Medina dah cakap dengan ayah sebelum ni. Medina selalu kena kacau dengan Aiman. Dia selalu mintak gambar Medina. Bila Medina tak bagi dia fitnah Medina. Lepastu ayah pun percaya dia bulat-bulat!" Turun naik nafas aku.
"Kamu jangan nak menipu lah Medina. Ayah kenal budak Aiman tu macam mana. Dia baik. Dia hormat ayah. Dia hormat ibu. Entah-entah yang mintak gambar tu bukan Aiman tapi budak yang stalker kamu tu!"
Aku menghela nafas dengan kasar. "kenapa susah sangat ayah nak percaya Medina? Ibu? Jawab lah! Apa yang susah sangat nak percayakan anak sendiri? Medina ni anak ayah tau? Kenapa ayah lebih percayakan orang luar?" Kecewa. Ya! Aku sangat kecewa. Kenapa ayah aku macam ni? Apa yang Aiman buat sampai ayah betul-betul percayakan Aiman?

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...