LIMA TAHUN KEMUDIAN...
"Codokolloh ul Ajim"selepas habis baca doa untuk ayahnya. Zade meraup wajahnya dengan perlahan. Dia menoleh ke arah Medina. Wajah ibunya sedih je dari tadi.
"Ibu jangan cedih-cedih ya? Zade ada dengan ibu. Takpe, Zade ada boleh temankan ibu." Anak kecil itu peluk lengan Medina dengan erat. Kesian ibu asyik menangis je dari tadi. Orang cakap, kalau seseorang itu menangis tanpa mengeluarkan suara. Maknanya seseorang itu sedang berusaha sembunyikan kesedihannya.
Siapa cakap? Hehe cikgu kita lah. Kita walaupun dah lima tahun. Kita dah pandai tau baca quote dekat Pinterest.
Medina tersenyum. Dia lap airmatanya dengan lengan baju. "Mana ada ibu sedih? Mata ibu pedih je lah" tipu Medina. Walaupun dia tahu anaknya tahu yang dia menipu. Tapi dia tetap nafikan. Dia sesekali tak akan mengaku yang dia sebenarnya sedang bersedih. Rindu dia dekat arwah Ethan sangat-sangat lah dalam sampai dadanya terasa sakit yang teramat!
"Don't worry ocey? Zade sayang ibu. Ibu syurga Zade. Ayah pun sama. Walaupun Zade tak pernah tengok muka ayah depan-depan. Tapi Zade tetap sayang kedua-dua orang tua Zade." Pipi Medina Zade pegang. Kedua-dua mata bulat milik Zade menatap wajah ibunya dengan lembut. Mata itu yang sangat cantik membuatkan rindu Medina terhadap suaminya sedikit terubat kerana mata Zade ikut mata ayahnya. Sebelah hitam dan sebelah lagi biru.
Dulu Ethan pernah cakap. Matanya ikut mata ibunya. Arthur pula ikut mata ayah mereka.
"Walaupun Zade masih lagi budak. Zade akan jaga ibu. Siapa-siapa yang kacau ibu Zade yang cantik ni. Zade karate dia!" Zade bangun kemudian dia buat gaya macam nak karate orang. Tak sedar ke yang kaki dia tu kecik? Medina ketawa sahaja dengan gelagat anaknya itu. Comel sungguh. Memang betul-betul ikut perangai ayahnya. Manja dan nakal.
"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab tolong jaga ibu. I love you so much sayang" pipi Zade dicium. Zade ketawa suka.
"Hehe I lap you more ibu ku tersayang" Zade bangun kemudian dia bantu Medina melipat tikar kecil itu.
"Pye pye ayah ku yang handsome. Jangan nakal-nakal tau. Nanti ibu mawah. Ayah jangan risau, Zade dekat sini boleh jagakan ibu untuk ayah. Zade nak jadi hero macam ayah. Ayah super hero Zade. Nanti kan Zade dah besar. Zade nak jadi macam ayah. Sentiasa selamatkan ibu bila ibu dalam kesusahan. Apa yang penting?" Zade pandang Medina.
Medina ketawa kecil. "Kerjasama" layankan aje lah budak kenit ni.
"Hehe ibu balik nanti Zade nak tauhu bergedil boleh? Zade mengidam lah,"
Medina senyum. "Boleh sayang, boleh" Medina pegang tangan Zade yang comel itu lalu mereka pun beredar dari tanah perkuburan itu.
"Yeahhh LUSM Mommy,"
Dahi Medina berkerut. "LUSM? Apa tu?" Bahasa apa pula yang anaknya belajar ni? Tak pernah-pernah dia dengar. Haih siapa lah yang ajar Zade ni ya? Tak lain tak bukan, Kasih
Tak pun Darren. Budak dua orang tu memang nak kena ni.Zade sengih. "L for Love, U for You, S for So, M for Much. Itu orang panggil short form. Selalunya orang guna ayat tu bila diorang malas nak taip panjang-panjang" terang Zade bersungguh-sungguh. Maklumlah, ibu kan takde TikTok. Jadi ibunya tak tahu bab-bab short form ni.
"Haih ada-ada je lah sayang ibu ni. Jom kita balik. Nanti ibu buat tauhu bergedil untuk Zade ya?"
"Hehe jom-jom. Let's good!!!"
"Bukan good sayang. Tapi go"
***********
Pada malam itu, Medina masih termenung. Sejak pemergian suaminya. Dia sering memandang ke langit. Setiap malam. Lagi-lagi bila waktu hujan. Sebab masa hujan, Ethan selalu minta dia peluk dengan erat sebab Ethan agak takut dengan bunyi guruh.
![](https://img.wattpad.com/cover/353498832-288-k850383.jpg)
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
РазноеMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...